SETIAP kali tiba musim pilihan raya isu-isu perkauman kembali dijaja di pentas-pentas ceramah hingga membawa kepada laporan polis dan pemimpin tertentu dipanggil untuk diambil keterangan.
Dalam negara Malaysia yang matang rasanya isu perkauman yang keterlaluan seperti gesaan balik ke negara asal tidak sepatutnya berlaku. Tidak salah menyeru kepada satu-satu kaum dan agama untuk bersatu-padu, berpakat dan sebagainya. Tetapi jangan sampai memperlekehkan kaum lain.
Perlu diingat, Malaysia dibina atas asas kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Sejak merdeka, formula perkongsian hidup inilah yang menjadi kekuatan negara dalam mengekalkan keamanan serta memacu pembangunan.
Namun, apabila setiap kali menjelang pilihan raya atau ketika suhu politik semakin memuncak, sentimen perkauman sering dijadikan modal untuk meraih sokongan. Amalan ini bukan sahaja tidak sihat, malah mengancam keharmonian yang dibina sejak sekian lama.
Hakikatnya, politik berasaskan ketakutan terhadap kaum lain hanya memberikan keuntungan jangka pendek kepada segelintir pihak. Naratif seperti ‘orang asing’ akan berkuasa, ‘hak dirampas’, kepentingan ‘terancam’ apatah lagi seruan supaya pulang ke negara ‘asal’ sudah tidak relevan dengan Malaysia moden yang sudah masuk generasi ketiga selepas merdeka.
Semua ini akan menyebabkan masyarakat semakin curiga antara satu sama lain. Sedangkan majoriti rakyat sebenarnya berkongsi aspirasi yang sama – peluang pekerjaan yang lebih baik, kos sara hidup yang terkawal, pendidikan berkualiti dan perkhidmatan kesihatan yang cekap.
Politik yang matang seharusnya bersaing melalui idea, dasar dan keupayaan mentadbir. Rakyat hari ini semakin celik maklumat dan menilai prestasi kerajaan berdasarkan pencapaian sebenar, bukannya retorik yang membangkitkan emosi. Pemimpin yang bertanggungjawab perlu menawarkan penyelesaian kepada isu ekonomi, produktiviti, pelaburan, keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat, bukannya terus meniupkan sentimen perkauman untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan sendiri.
Ini tidak bermaksud isu berkaitan kepentingan mana-mana kaum tidak boleh dibincangkan. Dalam sebuah negara majmuk, setiap komuniti mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan dan kepentingan mereka.
Namun, perbincangan itu hendaklah berasaskan fakta, menghormati Perlembagaan Persekutuan dan dilakukan dengan semangat mencari penyelesaian bersama, bukannya membakar kebencian atau memecah-belahkan masyarakat.
Tidak ada siapa menolak perjuangan untuk memartabatkan sesuatu kaum yang diwakili, tetapi janganlah sampai menghina, menghasut atau tahap menghalau kaum lain. Semua 34 juta kita ini adalah rakyat Malaysia.
Negara kita Malaysia ini memerlukan politik yang menyatukan, bukan memisahkan. Kepelbagaian yang dimiliki negara ini sepatutnya menjadi sumber kekuatan untuk bersaing di peringkat global, bukannya dijadikan senjata dalam perebutan kuasa.
Kepercayaan rakyat tidak lagi boleh dibina melalui rasa takut dan prasangka, tetapi melalui integriti, dasar yang berkesan serta komitmen untuk membina sebuah Malaysia yang adil, makmur dan bersatu. Hanya dengan politik yang matang dan bertanggungjawab, negara mampu bergerak ke hadapan tanpa dibayangi perpecahan yang akhirnya merugikan semua pihak.
Kita semua bebas perjuangkanlah kepentingan kaum masing-masing, tetapi jangan sampai menghamburkan kenyataan-kenyatan berbaur perkauman yang mengguris pihak lain.
Aznan Bakar adalah Pengarang Nexbyte dan Mingguan Malaysia – MINGGUAN
Henti guna perkauman sebagai modal politik