Ismail perlu salur peruntukan kepada ADUN pembangkang
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
8 Ogos 2026, 7:19 am
Era baharu pentadbiran Negeri Sembilan bermula sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos lalu.
Selepas lapan tahun, Barisan Nasional (BN) kembali menerajui kerajaan negeri selepas memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ia diperkukuhkan menerusi persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh tujuh kerusi sekali gus kedua-dua parti ini membentuk kerajaan negeri yang baharu dengan 25 kerusi.
Negeri Sembilan juga mendapat Menteri Besar yang baharu, Datuk Ismail Lasim, yang memenangi kerusi DUN Juasseh.
Menariknya, beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang kesembilan, suatu kebetulan yang pastinya menjadi sebahagian daripada sejarah politik negeri ini.
Pelantikan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Berbekalkan pengalaman selama tujuh penggal sebagai wakil rakyat, Ismail sudah tentu memahami selok-belok pentadbiran negeri malah cukup mengenali denyut nadi masyarakat, khususnya di Kuala Pilah.
Pentadbiran beliau turut dibantu oleh 10 ahli Exco yang mengangkat sumpah jawatan semalam. Barisan Exco yang dibentuk dilihat menggabungkan pengalaman dan tenaga baharu.
Ia juga mencerminkan kerjasama apabila dua wakil daripada PN turut menganggotai pentadbiran negeri.
Rakyat telah pun menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mandat telah diberikan dan keputusan juga telah diketahui. Kalah dan menang itu perkara biasa dalam setiap pertandingan demokrasi.
Bagi yang menang, tibalah pula giliran mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Sebagai kerajaan yang baharu diberi mandat, prestasi BN dan PN sudah tentu akan dinilai ramai.
Apakah janji yang dikemukakan menerusi manifesto ketika kempen diterjemahkan ataupun tidak. Itu akan menjadi perkara utama diperhatikan rakyat.
Pada masa sama, 11 wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang kini berada di blok pembangkang juga mempunyai tanggungjawab besar.
Mereka perlu memainkan peranan semak dan imbang bagi memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan negeri benar-benar memanfaatkan rakyat.
Pilihan raya sudah berakhir, ia telah menjadi sejarah. Mungkin ada beberapa hal yang belum selesai namun bagi wakil rakyat, berilah sepenuh tumpuan kepada usaha membangunkan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Rakyat Negeri Sembilan telah menaruh harapan tinggi agar kepentingan mereka sentiasa diberikan keutamaan.
Oleh itu, bagi kerajaan negeri yang dipimpin Ismail kali ini, boleh tunjukkan teladan, berikanlah juga peruntukan kepada setiap ADUN pembangkang, jika pentadbiran terdahulu tidak melakukannya, usahla ia diulangi.
Jadikan amalan politik yang adil dan bertanggungjawab sebagai legasi baharu pentadbiran ini. Pada akhirnya yang berhak menikmati hasil pembangunan negeri bukanlah parti politik tetapi seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Pengarang Berita Nexbyte