KEJAYAAN gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (BN-PN) menawan dua negeri iaitu Johor dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memberi gambaran jelas kepada kebangkitan orang Melayu dan rakyat yang menolak Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.
Melaka yang memberi bayangan akan mengadakan PRN pada bila-bila masa juga dikatakan akan turut dibadai gelombang biru BN-PN.
Orang Melayu dan rakyat berasa ‘sudah cukup sudah’ tempoh diberikan kepada Kerajaan Perpaduan untuk mengotakan segala manifesto, namun kata-kata ‘hari ini kita menang, esok minyak turun’ hanya dianggap sebagai ‘umpan’ semata-mata. Malah, kata-kata itu turut menjadi tular di media sosial dengan emoji-emoji lucu.
UMNO dan Pas serta lain-lain parti yang turut serta dalam kebangkitan orang Melayu dan rakyat ini, mesti terus memperkukuhkan Gagasan Rumah Bangsa yang menjadi asas kepada kebangkitan ini.
Gagasan ini harus menjadi wadah menghimpunkan individu dan kelompok yang berkongsi aspirasi untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Apa yang penting, konsep ini perlu dijahit dengan semangat kepercayaan dan kebersamaan, perpaduan kaum serta kesediaan untuk mengetepikan perbezaan demi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan orang Melayu dan Islam.
Kebangkitan rakyat dan orang Melayu ini janganlah dicemari dengan sikap tamak, pentingkan diri, rasuah dan seangkatannya. Toleransi sesama ketua-ketua parti harus dijitukan.
Perlu diingat bahawa kemenangan besar di Johor dan Negeri Sembilan bukan kerana UMNO sudah diterima rakyat, tetapi kerana kerjasama daripada seluruh ahli dan jentera parti dalam gabungan. UMNO tidak usah naik ‘tocang’, mendabik dada, jangan berangan UMNO kuat.
Tanpa sokongan Pas, Parti Wawasan Negara, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) tidak mungkin kemenangan besar di Johor dan Negeri Sembilan dapat dicapai oleh UMNO.
Pas dilihat sedia berkorban di negeri-negeri sebelah Selatan dengan tidak meletakkan calon-calonnya. Justeru, UMNO perlu juga memikirkan ‘wilayah’ Pas di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara tidak perlulah diusik.
Seperti kata beberapa ahli Pas, mereka tidak kisah kalau UMNO mahu mentadbir negeri di Selatan dan Barat, tetapi di Kelantan, Terengganu, Kedah berilah kepada Pas.
Persepakatan dalam mentadbir negeri-negeri harus diputuskan dengan adil dan saksama. Begitu juga dalam pentadbiran di peringkat Pusat jika gabungan BN-PN ini menang dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Peganglah jawatan ikut kemampuan dan jangan galas jawatan jika tidak mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Ingatlah bahawa seseorang pemimpin waima ketua keluarga, ketua kampung, imam, ketua persatuan, ketua syarikat, menteri, perdana menteri akan dipertanggungjawabkan terhadap orang di bawahnya di akhirat kelak.
Jangan ghairah dan tamak untuk memegang jawatan kerana ketamakan hanya akan memusnahkan segala yang dibina termasuk benteng kekuatan Melayu dan Islam.
Jangan ada yang naik ‘tocang’

Imran Mohamad Nor ialah Pengarang Berita Nexbyte