Jangan hanya jual kereta EV, sediakan juga pengecasnya
Oleh Aznan Bakar
9 Ogos 2026, 7:30 am
BANYAK syarikat ghairah mahu menjual kereta elektrik (EV) di negara ini. Sampai marah-marah kepada kerajaan apabila kononnya polisi tidak mesra kepada industri berkenaan.
Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa majoriti syarikat ini hanya bermotifkan keuntungan daripada pasaran EV Malaysia yang semakin berkembang.
Apa yang kita sedar adalah kebanyakan syarikat ini tidak menyediakan khidmat selepas jualan kepada pelanggan mereka, terutama dalam menyediakan kemudahan mengecas kenderaan di tempat awam.
Kereta EV boleh dipamerkan di bilik pameran, ditawarkan dengan pelbagai promosi dan dijual pada harga semakin kompetitif. Namun, pengguna tidak memandu dari bilik pameran ke bilik pameran. Mereka memandu pulang ke rumah, ke tempat kerja, balik kampung dan merentas lebuh raya.
Di situlah ujian sebenar dasar EV bermula.
Pendirian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang tidak bercadang mengundur daripada dasar baharu berkaitan EV import perlu dilihat secara lebih menyeluruh. Kerajaan sememangnya mempunyai alasan untuk melindungi dan membangunkan industri automotif tempatan, selain terus menggalakkan pemasangan EV dalam negara.
Tetapi jangan sampai kita terlalu sibuk mengira berapa banyak EV boleh dijual sehingga terlupa mengira berapa banyak pengecas diperlukan untuk memastikan semua EV itu boleh bergerak dengan mudah. Ini bukan isu kecil.
Pertumbuhan jualan EV tanpa pertumbuhan infrastruktur pengecasan yang sepadan boleh mencipta masalah baharu kepada pengguna. Pengecas mungkin ada, tetapi tidak semestinya berada di lokasi yang diperlukan. Ada yang terlalu jauh, rosak, sedang digunakan atau mengambil masa terlalu lama untuk mengecas.
Lebih membimbangkan adalah kemungkinan wujudnya jurang antara bandar dengan luar bandar. Kawasan metropolitan mungkin mempunyai pilihan pengecas yang semakin banyak, tetapi bagaimana pula pengguna di bandar kecil, kawasan pedalaman dan laluan utama antara negeri?
Kita tidak mahu EV menjadi kenderaan yang hanya mudah digunakan oleh mereka yang tinggal di kawasan tertentu.
Persoalannya, adakah kerajaan atau agensi berkaitan yang perlu menyediakan kemudahan mengecas di tempat awam ini? Dan syarikat pemasangan atau pembuat kereta ini lipat untung dan masukkan ke dalam poket masing-masing? Adakah ini adil?
Kenapa syarikat kaut untung tetapi kemudahan untuk memastikan kereta itu bergerak terpaksa dipikul oleh kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Petronas?
Sebab itu MITI menetapkan kereta EV dan pengecasnya mesti dirancang sebagai satu ekosistem, bukannya dua agenda berasingan.
Pengeluar dan pengedar EV juga perlu memikul tanggungjawab. Jika mereka mahu menjual lebih banyak kereta, mereka juga wajar membantu membangunkan rangkaian pengecas melalui pelaburan, perkongsian strategik atau menyediakan kemudahan pengecas di pusat jualan dan servis.
Kerajaan pula perlu memastikan pertumbuhan pengecas tidak sekadar mengejar angka. Yang penting adalah kebolehpercayaan, lokasi strategik, kemampuan pengguna dan kapasiti grid.
MITI sudah membuat keputusan untuk terus memacu industri EV. Sekarang, cabarannya adalah memastikan keputusan itu disokong ekosistem yang cukup kuat, termasuk oleh pengeluar dan pengedar.
Jangan hanya pandai jual kereta EV, kemudian pengguna pandai-pandailah cari tempat hendak mengecasnya. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pemangku Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.