Acara perhimpunan peserta motosikal Yamaha RXZ yang popular Terengganu terus menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peminat pemotoran.
Malah dalam aktiviti terbaharunya RXZMembers 8.0 kelmarin berjaya menarik kira-kira 200,000 pengunjung yang mengikuti dan menyertai pelbagai acara diadakan.
Setelah beberapa kali diadakan, aktiviti itu turut disertai oleh penunggang motosikal jenama lain juga yang memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.
Ia pastinya menjadi kenangan manis dan menyeronokkan bagi peminat permotoran lebih-lebih lagi bagi mereka yang menunggang motosikal RXZ. Ini kerana pelbagai modifikasi dibuat terhadap motosikal itu untuk menjadikannya lebih menarik.
Lagi pula ia hanya melibatkan aktiviti berkaitan motosikal yang boleh dikatakan dekat dengan hati hampir separuh rakyat negara ini yang menggunakan motosikal untuk kegunaan seharian.
Pelbagai aktiviti yang diadakan juga menarik kehadiran ramai ke acara tersebut yang turut menjadi punza rezeki kepada ramai orang di Terengganu. Ia membantu kedai, restoran makan, hotel, inap desa, industri permotoran dan juga pelbagai peluang perniagaan lain.
Konvoi RXZ bukan seperti konvoi kereta-kereta mewah dan klasik yang melibatkan golongan tertentu khususnya dalam kalangan mereka yang berduit.
Namun aktiviti itu juga melibatkan banyak nyawa terkorban apabila mereka yang mahu menyertainya terbabit dalam kemalangan maut.
Ada yang terbabas sendiri, berlanggar sesama penunggang RXZ atau berlanggar dengan kenderaan lain. Nahas itu tidak mustahil berlaku kerana ada sesetengah penunggang datang dari luar Terengganu.
Mereka sanggup merentas beberapa negeri melibatkan perjalanan beratus kilometer semata-mata mahu menyertai aktiviti itu.
Semangat mereka memang kuat tetapi selepas beberapa jam menunggang motosikal, sudah tentu ada yang letih sehingga merisikokan diri mereka sendiri.
Itu belum lagi yang menunggang secara cuai dan juga kehadiran kenderaan lain yang turut melanggar peraturan jalan raya.
Selain aktiviti perhimpunan di Terengganu, terdapat juga pemilik RXZ yang beramai-ramai melakukan konvoi sendiri ke sesuatu destinasi.
Mereka juga tidak terkecuali daripada nahas kerana kemalangan berlaku tanpa mengira masa, siapa dan di mana.
Itulah yang berlaku apabila tiga penunggang motosikal RXZ maut di Pahang baru-baru ini apabila berlanggar sesama sendiri selepas seorang penunggangnya terlanggar belakang sebuah kereta di lebuh raya yang bergerak di lebuh raya
Kemalangan itu sangat mengerikan dan juga memilukan kerana ada yang terlibat adalah suami dan bapa kepada seseorang. Kegembiraan mereka dengan aktiviti bermotosikal itu berakhir dengan tragedi.
Malah penganjuran RXZ di Terengganu itu juga tidak wajar dihentikan hanya kerana nahas yang dianggap kes terpencil. Lagi pula ia berlaku kerana kecuaian sesetengah mangsa sendiri.
Mungkin ada baiknya penganjur perhimpunan juga mengumpulkan statistik kemalangan maut peserta yang mahu pergi ke aktiviti itu dan dalam perjalanan pulang sejak ia diadakan sebagai peringatan kepada semua yang terlibat agar lebih berhati-hati. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Nexbyte
Konvoi RXZ sepatutnya menjadi kenangan manis