LEBIH lima juta murid kini mempunyai satu lagi platform atau saluran untuk berkongsi ‘cerita’, mengemukakan aduan serta masalah yang mungkin mereka pendam kepada pihak sekolah.
Ia susulan langkah berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan reformasi sektor pendidikan selepas menggubal Polisi Perlindungan Murid Sekolah yang berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Usaha terbaharu ini memberi peluang dan ruang kepada murid melaporkan sebarang isu berkaitan keselamatan, buli dan kesejahteraan secara lebih sulit. Menurut laporan akhbar ini, peti aduan ditempatkan di lokasi mudah diakses tetapi tetap menjamin privasi murid, sekali gus mengurangkan kebimbangan untuk tampil membuat aduan.
Sebelum ini pun mereka sudah ada pelbagai saluran untuk berbuat demikian termasuk secara dalam talian. Namun, atas pelbagai faktor, saluran-saluran itu masih belum mencapai matlamat sebenar dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan secara total murid-murid ketika berada di sekolah.
Oleh sebab itulah pelbagai isu membabitkan murid khususnya buli di sekolah masih gagal ditangani sepenuhnya. Dalam pihak kementerian dan sekolah mengambil pelbagai tindakan pencegahan termasuk menempatkan pegawai polis di sekolah, buli tetap berlaku dan ia menakutkan murid-murid khususnya mereka yang hendak dan baharu memasuki alam sekolah terutama berasrama penuh.
Dalam banyak kejadian, kes hanya ‘pecah’ apabila kecederaan mangsa yang sudah parah tidak dapat disembunyikan lagi, ataupun insiden dikongsikan di media sosial. Begitu juga kes-kes salah laku guru-guru terhadap murid-murid. Meskipun terpencil, apa yang berlaku tetap memberi kesan dan trauma kepada murid-murid.
Lantaran itu, pengwujudan peti aduan berkunci, dilihat satu lagi usaha konstruktif pihak kementerian bagi menjamin keselamatan murid-murid seterusnya mewujudkan dunia pendidikan dan pembelajaran yang aman serta tenteram. Tahniah KPM!
Kita yakin langkah ini akan memberi kelegaan kepada murid-murid terutama warga baharu sekolah dan asrama untuk datang ke sekolah dan tinggal di asrama bagi menimba sebanyak-banyaknya ilmu untuk masa hadapan mereka dan negara akhirnya.
Kita juga percaya usaha ini bakal membantu meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan murid-murid bahawa mereka benar-benar selamat untuk ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah.
Pun begitu, di sebalik kesan positifnya, kita juga jangan alpa atau menolak pelbagai kebarangkalian lain susulan inisiatif terbaharu kementerian ini.
Mengambil kira pelbagai inisiatif terdahulu, usaha ini tentunya masih menimbulkan pelbagai persoalan mengenai mekanisme dan keberkesanannya. Misalnya, peti aduan disalahguna oleh murid untuk membuat tuduhan atau laporan yang bukan-bukan dan di luar konteks. Maka kesedaran perlulah diberi kepada murid-murid supaya menggunakan peti aduan untuk kebaikan mereka.
Selain itu, adakah setiap kertas aduan yang masuk ke dalam peti itu dibuka, dibaca, direkodkan dan diambil tindakan atau ia kekal berada dalam peti berkunci? Siapa pula yang bertanggungjawab merekodkan setiap aduan dan siapa pula yang akan melaksanakan tindakan?
Persoalan lain, apakah setiap aduan dipandang serius oleh pihak sekolah dan kementerian? Berapa lama masa diambil untuk menyelesaikan sesuatu aduan yang dibuat oleh murid? Apakah tindakan bersifat selektif berdasarkan status murid dan keluarga mereka? Berapa banyak pula nanti aduan berstatus ambil maklum, tiada tindakan lanjut? Janganlah pula nanti, saluran terlalu banyak namun tindakan dan penyelesaian konkrit tetap tidak berlaku.
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Nexbyte – UTUSAN
Peti aduan ruang murid kongsi ‘cerita’ terpendam