Sekolah sedia makanan sihat, bagaimana pula di rumah?
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
7 Ogos 2026, 7:30 am
UTUSAN Malaysia pernah berkongsi berita mengenai bagaimana Jepun menyediakan dapur berpusat bagi penyediaan makanan tengah hari kepada ribuan muridnya setiap hari.
Ia bukan sekadar sistem penyediaan makanan, tetapi negara matahari terbit itu sedang memupuk budaya pemakanan sihat dalam kalangan generasinya.
Fungsi makanan bukan sekadar menghilangkan lapar tetapi penawar kepada segala penyakit dan memperbetulkan genetik yang ramai dalam kalangan kita tiada kesedarangnya mengenai. Menambah ketinggian, panjang umur dan langsing.
Sebab itu makanan disediakan di dapur berpusat milik kerajaan, dirancang pakar pemakanan, dipantau daripada aspek kebersihan dan diedarkan ke sekolah mengikut jadual yang tersusun dengan menu bertukar supaya murid menikmati hidangan seimbang tanpa jemu.
Justeru pelaksanaan Program NutriSel oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula baru-baru ini, satu langkah ke hadapan dalam membina ekosistem pemakanan sihat di sekolah.
Seramai 106,435 murid daripada isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 menerima sarapan percuma di 962 sekolah menerusi peruntukan RM14.4 juta. Lebih daripada sekadar mengenyangkan perut, program itu memastikan murid memulakan hari persekolahan dengan tenaga mencukupi untuk belajar.
Inisiatif itu juga memberi mesej bahawa makanan berkhasiat bukan lagi satu keistimewaan untuk golongan berada, sebaliknya hak setiap kanak-kanak. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat, ramai ibu bapa terpaksa berjimat sehingga ada anak ke sekolah tanpa bersarapan. Kesannya bukan sahaja terhadap tumpuan di dalam kelas, malah perkembangan fizikal dan mental.
Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas ke arah pembudayaan pemakanan sihat. Sejak Mac 2017, Kementerian Pendidikan melarang penjualan 12 jenis makanan dan minuman di kantin sekolah bagi mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan lemak.
Namun, larangan itu hanya terpakai di sekolah. Sebaik pulang ke rumah, keadaan berubah. Peti sejuk dipenuhi nuget, sosej, makanan segera, minuman bergula dan pelbagai makanan ultra proses. Apa yang tidak dijual di kantin akhirnya menjadi hidangan harian di rumah.
Ramai kurang arif mengenai aspek pemakanan, kalau sakit, salahkan tekanan dan hidup budaya bandar yang mengejar waktu. Di sinilah cabaran sebenar. Sekolah hanya membentuk tabiat selama beberapa jam sehari, tetapi rumah menentukan corak pemakanan sepanjang hayat.
Tidak hairanlah Malaysia bergelut dengan penyakit tiga serangkai, selain kekal antara negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan satu daripada lima kanak-kanak bawah lima tahun bantut.
NutriSel permulaan kepada sistem pemakanan sekolah yang lebih menyeluruh seperti diamalkan Jepun, sama ada melalui dapur berpusat, menu standard berkhasiat atau perluaskan sarapan percuma.
Begitupun, sebesar mana pun pelaburan, hasilnya tetap bergantung kepada kerjasama ibu bapa. Jika sekolah menyediakan makanan sihat tetapi rumah terus menjadi ‘syurga’ makanan segera dan minuman manis, matlamat melahirkan generasi sihat, memang sukar dicapai kerana tabiat pemakanan perlu dibina konsisten di sekolah dan diteruskan di rumah. – UTUSAN

Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Berita Nexbyte