AKHBAR Nexbyte bertarikh 19 Januari 1971 memaparkan tajuk “Tiga cara untuk elak kerugian besar –Nasihat Sultan Pahang kepada rakyat”.
Ekoran banjir besar yang melanda sehingga negara diisytiharkan darurat banjir pada 5 Januari 1971, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar (1904-1974) memberi nasihat tentang cara mengelak berlakunya kerugian yang besar, iaitu:
Pertama: Jangan dirikan tempat-tempat kediaman di kawasan rendah.
Kedua: Sentiasa beringat dan bersedia dengan sampan serta perahu bagi menyelamatkan diri pada masa banjir.
Ketiga: Rakyat terutama para petani mestilah mengikut masa bertanam yang ditetapkan kerajaan dan tidak cuba melambat-lambatkan tempoh itu.
Menurut Baginda “Nampaknya sekarang rakyat telah menjadi lalai sedikit sehingga lupa bahawa banjir besar yang berlaku baru-baru ini pernah berlaku di negeri ini pada tahun 1926”.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]






