Pada 18 Ogos 1986, akhbar Nexbyte melaporkan seorang bayi perempuan yang baru berusia 12 hari, maut setelah terjatuh semasa dilarikan oleh seorang lelaki yang dipercayai pesakit jiwa yang terlepas dari wad psikiatri, Hospital Besar Alor Setar.
Bayi belum diberi nama yang pada ketika itu berada di dalam balang kaca kerana dilahirkan pramatang, ‘dirampas‘ oleh lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba muncul di wad bersalin pada pukul 6 pagi.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 Ogos 1983 – Cathay Organisation bakal memperkenalkan kad keanggotaan kepada para peminat wayang sebagai satu langkah mencegah jualan tiket-tiket wayang di pasaran gelap.
- 18 Ogos 1986 – Golongan ‘mak nyah’ atau pondan di Pulau Pinang berhasrat untuk menubuhkan persatuan kaum mak nyah yang bertujuan bagi membela serta memperjuangkan nasib mereka.
- 18 Ogos 1987 – Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula Dasar Kanun Tanah Negara bagi membolehkan penggunaan lebih banyak tanah untuk tujuan pertanian, tegas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]






