WASHINGTON: Satu siri gempa bumi misteri telah dikesan berhampiran salah sebuah pangkalan paling rahsia di Amerika Syarikat (AS) yang digunakan untuk ujian nuklear.
Dalam tempoh lebih 24 jam lalu, agensi Kajian Geologi AS (USGS) mengesan 16 gegaran sederhana, kesemuanya melebihi 2.5 magnitud di kawasan sekitar Lapangan Ujian Tonopah di Nevada, atau lebih dikenali sebagai ‘Area 52’.
Kedua-dua Area 52 dan jirannya yang lebih terkenal, Area 51, terletak dalam kompleks besar di utara Las Vegas, dikenali sebagai Lapangan Ujian dan Latihan Nevada (NTTR).
Selama berdekad-dekad, kawasan terpencil ini dipercayai menjadi lokasi tentera AS menjalankan ujian pesawat eksperimen dan penyelidikan senjata nuklear.
Setakat minggu lalu, saintis telah memantau lebih 100 seismik dalam lingkungan 80 kilometer (km) dari Lapangan Ujian Tonopah.
Rentetan gempa ini merangkumi gelombang kejutan kecil antara 1.0 hingga 1.9, magnitud sehingga gempa kecil melebihi 3.0 yang boleh dirasai oleh sesiapa sahaja yang berada di kawasan berhampiran.
Gempa bumi terkuat daripada siri gegaran baru-baru ini berlaku pada Ahad pukul 11.37 pagi waktu tempatan apabila gelombang kejutan berskala4.4.3 magnitud menggoncang sebuah kawasan terpencil di gurun Nevada, tidak jauh dari Tonopah.
Gempa bumi antara magnitud 2.5 hingga 4.9 magnitud biasanya menyebabkan gegaran yang ketara dan boleh dirasai oleh penduduk dalam radius beberapa kilometer, tetapi tidak menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Gelombang kejutan itu dilaporkan oleh penduduk Nevada sejauh Bandar Carson , lebih 180,281 kilometer ke selatan dari lokasi gempa pada Ahad.
Setakat ini, tiada pengumuman daripada kerajaan Amerika bahawa ujian letupan nuklear berskala penuh telah disambung semula.
Ini bermakna gempa ini mungkin merupakan aktiviti geologi biasa yang berpanjangan di kawasan tersebut. – AGENSI






