TEL AVIV: Majoriti rakyat Israel percaya bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, telah mengendalikan perang terhadap Iran dengan buruk, menurut satu tinjauan yang diterbitkan pada Ahad.
Majotii rakyat Israel turut menolak dakwaannya bahawa Israel mencapai kemenangan dalam konflik tersebut.
Kajian itu dijalankan oleh Universiti Ibrani Baitulmaqdis antara 17 hingga 20 Jun melibatkan 3,644 peserta dan diterbitkan oleh akhbar The Times of Israel.
Hasil tinjauan menunjukkan 56.4 peratus responden menyifatkan pengendalian perang oleh Netanyahu sebagai gagal atau lemah, berbanding 26.5 peratus yang menilainya secara positif.
Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari. Gencatan senjata sementara diumumkan pada 8 April, dan Teheran serta Washington menandatangani memorandum persefahaman pada Rabu lalu untuk menamatkan konflik tersebut.
Walaupun Netanyahu berulang kali mendakwa Israel telah mencapai keuntungan besar dan menghapuskan ancaman eksistensial, 72.5 peratus responden tidak mempercayai kenyataan itu.
Tinjauan juga mendapati 92.1 peratus percaya Iran telah memenangi perang tersebut, manakala 82.9 peratus berpendapat konflik itu telah melemahkan keselamatan jangka panjang Israel. – AGENSI






