WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memutuskan bahawa perlindungan daripada pemecatan bagi ahli-ahli Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) adalah tidak sah di sisi perlembagaan AS.
Ia sekali gus membatalkan keputusan berusia 90 tahun yang membenarkan Kongres AS melindungi ahli-ahli agensi bebas tertentu daripada dipecat oleh presiden sesuka hati.
Keputusan mahkamah tertinggi itu memperluas kuasa presiden ke atas banyak lembaga dan suruhanjaya bebas yang sebelum ini dilindungi oleh Kongres AS daripada tekanan politik.
Namun, keputusan itu menetapkan bahawa ahli-ahlinya hanya boleh dipecat oleh presiden sekiranya mempunyai alasan yang munasabah.
Dalam satu keputusan tahun 1935 menerusi kes yang dikenali sebagai Humphrey’s Executor v lawan AS membabitkan perlindungan pemecatan untuk ahli FTC.
Mahkamah Agung sebelum ini menyatakan bahawa Kongres Amerika boleh mengehadkan keupayaan presiden untuk memecat pegawai daripada agensi yang mempunyai keahlian pelbagai fungsi dengan sesuka hati.
Bagaimanapun, keputusan oleh majoriti hakim konservatif mahkamah berkenaan dalam kes Trump melawan Rebecca Slaughter iaitu ahli Suruhanjaya Perdagangan FTC daripada parti Demokrat.
Mahkamah Agung itu telah membatalkan penghakiman berusia 90 tahun itu, sekali gus menandakan kemuncak kepada kelemahan berperingkat undang-undang terdahulu.
Keputusan tersebut dicapai dengan undian berpihak 6 berbalas 3, di mana Ketua Hakim Negara, John Roberts menulis bagi pihak majoriti dengan disokong oleh hakim-hakim konservatif yang lain.
Tiga hakim liberal membantah keputusan berkenaan. Malah Hakim Sonia Sotomayor bertindak membacakan ringkasan bantahannya secara lisan dari bangku hakim, satu tindakan yang jarang berlaku dan menandakan perselisihan pendapat yang amat kuat terhadap keputusan tersebut. – AGENSI






