MAUMERE: Sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud yang melanda perairan berhampiran Pulau Flores, Indonesia timur pada pagi Sabtu.
Pegawai kecemasan memaklumkan kepada AFP, enam lagi cedera manakala dua orang masih tertimbus.
“Berdasarkan laporan yang kami terima, 20 orang telah meninggal dunia, enam cedera dan dua lagi masih tertimbus,” kata pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Maumere, Fathur Rahman menerusi telefon dari atas bot ketika dalam perjalanan ke lokasi kejadian.






