PETALING JAYA: Langkah PKR meletakkan 40 muka baharu daripada 72 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU15), 19 Januari ini bertujuan memenuhi selera pengundi masa kini.
Malah kajian terbaharu Ilham Centre mendapati sebanyak 55 peratus pengundi yang mengundi kerana faktor parti pada PRU14 telah menurun kepada 38 peratus dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.
Ini bermakna, jumlah pengundi yang mengundi kerana faktor calon kini melebihi faktor parti dan faktor isu, lantas memberi peluang terbuka kepada semua parti selain mengurangkan jumlah kerusi selamat dalam PRU kali ini.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar menjelaskan, perubahan pola pengundian itu boleh dilihat apabila Barisan Nasional (BN) meletakkan sejumlah besar muka baharu pada PRN Melaka dan Johor.
Katanya, faktor calon baharu yang bebas daripada sebarang isu dilihat menjadi pilihan pengundi walaupun BN berdepan dengan pelbagai isu.
“Kajian pola pengundian selama ini menunjukkan faktor parti sentiasa dominan iaitu mereka yang hanya mengundi sebab logo parti. Namun, faktor itu kini berkurangan apabila semakin ramai yang mengundi kerana calon.
“Dalam PRN Melaka dan Johor, BN dilihat lebih berani ketengahkan muka baharu dan mereka berjaya. Jadi, PKR dan Pakatan Harapan (PH) merombak calon-calonnya termasuk yang melibatkan tokoh dan penyandangnya kerana mereka melihat kepada pola pengundian, sebab itu mereka berusaha sedaya upaya meletak muka baharu,” katanya.
Sebab itu, katanya, kebanyakan parti yang bertanding kali ini sudah berani meletakkan calon di kerusi-kerusi panas kerana peluang kini terbuka.
“Bayangkan, kawasan selamat untuk sebuah parti ini tiba-tiba tampil nama besar, ini mengubah pola pengundian dan menyebabkan keputusan semakin sukar dijangka.
“Malah, pastinya akan ada banyak kerusi panas pada hari penamaan calon nanti, sebab sudah tidak banyak kerusi selamat, kalau dulu boleh letak songkok, sekarang belum tentu lagi,” katanya.
Kelmarin, PKR mengumumkan 72 kerusi Parlimen yang akan ditandingi dalam PRU15, dengan kerusi Sabah akan diumumkan pada 31 Oktober dan Sarawak pada 1 November.
Sementara itu, penganalisis keselamatan dan politik, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berpendapat, peluang semua parti agak terbuka sekiranya peratusan keluar mengundi tinggi dan tidak meletakkan calon kitar semula.
“Seperti PKR, laluan parti ini agak sukar dan peluang tipis jika peratusan mengundi rendah dan pengundi masih cenderung kepada parti legasi seperti UMNO dan Pas kerana sokongan akar umbi lebih memihak kepada parti-parti itu.
“Namun, jika berlaku kenaikan jumlah pengundi yang ketara seperti PRU14 antara 70 hingga 80 peratus maka berkemungkinan lebih terbuka dan peluang mereka lebih cerah untuk meraih undi, asalkan tidak letak calon kitar semula kerana pengundi kini lebih cenderung kepada muka baharu dan ramai yang mengundi atas faktor calon,” katanya. – UTUSAN
SENARAI CALON PKR SEPERTI DIUMUM KELMARIN
Johor P140 Segamat – Yuneswaran Ramaraj
Johor P141 Sekijang – Dr Zaliha Mustapha
Johor P143 Pagoh – Iskandar Shah Abd Rahman
Johor P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh
Johor P150 Batu Pahat – Onn Abu Bakar
Johor P151 Simpang Renggam – Maszlee Malek
Johor P155 Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd Zain
Johor P158 Tebrau – Jimmy Puah
Johor P159 Pasir Gudang – Hassan Karim
Johor P160 Johor Bahru – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Johor P164 Pontian – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim
Melaka P136 Tangga Batu – Rusnah Aluai
Melaka P137 Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd Halim
Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Noor Azman Mohamad
Negeri Sembilan P131 Rembau – Jufitri Joha
Negeri Sembilan P132 Port Dickson – Aminuddin Harun
Selangor P093 Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop
Selangor P094 Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash Nadarajan
Selangor P097 Selayang – William Leong
Selangor P098 Gombak – Amirudin Shari
Selangor P099 Ampang – Rodziah Ismail
Selangor P100 Pandan – Rafizi Ramli
Selangor P104 Subang – Wong Chen
Selangor P105 Petaling Jaya – Lee Chean Chung
Selangor P107 Sungai Buloh – Ramanan Ramakrishnan
Selangor P109 Kapar – Abdullah Sani Abdul Hamid
Selangor P112 Kuala Langat – G Manivannan
Wilayah Persekutuan P115 Batu – P Prabakaran
Wilayah Persekutuan P116 Wangsa Maju – Zahir Hassan
Wilayah Persekutuan P118 Setiawangsa – Nik Nazmi Nik Ahmad
Wilayah Persekutuan P121 Lembah Pantai – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Wilayah Persekutuan P124 Bandar Tun Razak – Dr Wan Azizah Wan Ismail
Wilayah Persekutuan P125 Putrajaya – Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz
Perak P055 Lenggong – Jurey Latiff Mohd Rosli
Perak P058 Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail
Perak P061 Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim
Perak P063 Tambun – Anwar Ibrahim
Perak P071 Gopeng – Tan Kar Hing
Perak P073 Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz
Perak P075 Bagan Datuk – Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin
Perak P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang
Pulau Pinang P044 Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar
Pulau Pinang P047 Nibong Tebal – Fadhlina Sidek
Pulau Pinang P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin
Pulau Pinang P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik
Kedah P005 Jerlun – Mohamed Fadzil Mohd Ali
Kedah P006 Kubang Pasu – Mohd Aizuddin Ariffin
Kedah P009 Alor Setar – Simon Ooi
Kedah P010 Kuala Kedah – Azman Ismail
Kedah P011 Pendang – Zulkifly Mohamad
Kedah P014 Merbok – Nor Azrina Surip
Kedah P015 Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari
Kedah P017 Padang Serai – M Karupaiya
Kedah P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail
Perlis P003 Arau – Fathin Amelina Fazlie
Perlis P002 Kangar – Noor Amin Ahmad
Kelantan P022 Pasir Mas – Husam Musa
Kelantan P025 Bachok – Nor Azmiza Mamat
Kelantan P026 Ketereh – Rahimi L Muhamud
Kelantan P027 Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md Noor
Kelantan P029 Machang – Dr Rosli Allani Abdull Kadir
Kelantan P032 Gua Musang – Asharun Uji
Terengganu P034 Setiu – Mohamad Ngah
Terengganu P038 Hulu Terengganu – Alias Ismail
Terengganu P039 Dungun – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad
Terengganu P040 Kemaman – Hasuni Sudin
Pahang P081 Jerantut – Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Pahang P082 Indera Mahkota – Zuraidi Ismail
Pahang P083 Kuantan – Fuziah Salleh
Pahang P085 Pekan – Mohd Naim Zainal Abidin
Pahang P090 Bera – Abas Awang
Pahang P091 Rompin – Erman Shah Jaios – UTUSAN






