SETIU : Seekor lagi beruang matahari berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Padang Serai di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu, Loo Kean Seong berkata, beruang jantan seberat 140 kilogram itu memasuki perangkap tersebut pada pukul 4 pagi.
Menurutnya, Perhilitan turut berjaya menangkap seekor beruang jantan pada
20 Jun lalu di kampung tersebut.
Menurutnya, Perhilitan memasang perangkap tersebut selepas menerima aduan daripada penduduk berhubung ganguan haiwan liar tersebut sejak 12 Jun lalu.
“Setakat ini, dua ekor beruang telah berjaya ditangkap dalam tempoh tersebut, sebelum
dilepaskan kembali ke habitat asalnya bagi kemandiriannya,” katanya ketika dihubungi Nexbyte di sini, hari ini.
Sementara itu, penduduk, Amir Hakim Mohd. Zaki, 21, berkata, sebelum ini beruang tersebut pernah menceroboh ke dalam rumah keluarganya dan makan sisa makanan di dalam singki dapur.pada bulan lalu.
Katanya, haiwan liar itu juga minum kira-kira 15 kilogram minyak masa yang disimpan di belakang dapur rumanya.
“Kami sekeluarga berada dalam ketakutan selepas beruang tersebut bertindak lebih berani memasuki dapur rumah untuk memcari makanan,” ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Ramli Jusoh, 63, berkata, kejayaan Perhilitan menangkap dua ekor haiwan liar itu setakat ini melegakan penduduk.
“Alhamdulillah kami lega apabila haiwan ini ditangkap selepas dikesan berkeliaran di kawasan rumah penduduk sejak dua bulan lalu,” katanya. – UTUSAN






