ISKANDAR PUTERI: Sebuah bot dinaiki 10 warga asing dilaporkan bertembung dengan sebuah bot milik Pasukan Polis Marin (PPM) di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Gelang Patah di sini, awal pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru dalam kenyataan memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 3.58 pagi.
“APM Daerah Johor Bahru menerima maklumat dari Mers 999 berhubung kes kemalangan di laut sebelum satu pasukan digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 4.07 pagi.
“Kemalangan itu melibatkan lima lelaki dewasa warga Indonesia, empat wanita dewasa warga Indonesia serta seorang lelaki dewasa warga Rohingya.
“Kesemua 10 warga asing ini selamat dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan ketika memaklumkan kejadian berkenaan melibatkan tangkapan berkaitan aktiviti penyeludupan migran. – UTUSAN






