KOTA KINABALU: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar bahawa dia hanya mengetahui hasil siasatan dalaman sekolah berkenaan mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, selepas lebih tiga hari ia berlaku.
Ini kerana jelas saksi inkues ke-47 itu, Shaharoom Hashim, 51, selepas Zara Qairina ditemukan terlentang dan tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Julai lalu, beliau sibuk dengan urusan pentadbiran sekolah termasuk memberikan laporan dan melakukan penyelarasan program pengurusan trauma pelajar dan guru.
Tambah pengetua terbabit, dia tidak mempunyai pengetahuan terperinci hasil siasatan tersebut dan hanya mengetahui bahawa pada malam sebelum keadian (15 Julai) Zara Qairina telah dimarahi oleh pelajar senior.
Ujar Shaharoom, laporan terperinci siasatan dalaman itu berada di bawah Penolong Kanan Hal Ewal Murid, Asni Marjan.
Berdasarkan kenyataan media oleh pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina, pengetua itu juga tidak mengetahui pelajar tingkatan empat ditempatkan di dalam dorm pelajar tingkatan satu.
-Tidak tahu kewujudan sistem tersebut (pelajar tingkatan empat dalam dorm tingkatan atu)
-Tidak tahu atau pasti sama ada siasatan dalaman seolah ada menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidika.
– Tidak tahu siapa yang mengarahkan tempat Zara Qairina ditemui dibersihkan kerana berada di hospital
– Tidak tahu sama ada pihak polis ada meminta buku harian ataupun hasil siasatan dalaman dari pihak sekolah.
-Tidak tahu mengenai kewujudan kumpulan pelajar Circle Nineteen sepanjang bertugas dalam sekolah tersebut.
-Tidak tahu mengetahui tentang budaya bersikap kasar dan kata maki-maki di kalangan pelajar sekolah (hanya tahu selepas hari kejadian Zara Qairina).
Selain itu, Shaharoom dalam keterangannya hari ini menafikan bahawa dia pernah meminta Noraidah untuk tidak membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa remaja terbabit.
Sebaliknya, sewaktu pertemuannya di Hospital Queen Elizabeth pada 16 Julai lalu, dia telah memaklumkan kepada wanita berkenaan bahawa Ketua Warden, Azhari Abd. Sagap telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu selepas Noraidah memberitahunya ada pihak yang meminta ibu Zara Qairina membuat laporan polis.
Beliau juga menafikan ada mengeluarkan arahan yang melarang pelajar sekolah berkenaan menghubungi keluarga masing-masing selepas kejadian Zara Qairina jatuh itu.
Menurut Shaharoom, selepas kejadian tersebut, pihak sekolah telah membuat intervensi dan beliau juga ada mengambil peranan proaktif bagi memastikan pelajar lebih berdisplin dan mengikut rutin harian.
Pengetua terbabit menyatakan, kejadian yang menimpa Zara Qairina tidak akan berlaku sekiranya semua pelajar menghayati prinsip-prinsip dari Hadis 40 Imam Nawawi dan mematuhi larangan oleh pihak sekolah agar pelajar senior tidak memanggil junior untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam keterangannya hari ini juga, Shaharoom menyatakan dia akur bahawa sebagai penjawat awam, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan namun tindakannya berdiam diri itu tidak bermaksud cuba menyembunyikan.
Tambah wanita berkenaan, dia sendiri ingin mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku dan berharap inkus yang memasuki hari ke-39 itu dapat merungkai segala persoalan.
Prosiding bersambung esok. – UTUSAN




