KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kerana telah meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu sebagai Pengerusi PN, serta bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT) PN.
Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan tersebut dibuat dengan mengambil kira status MT terkini.
“Sebab berkuatkuasa 1 Januari 2026 (tarikh kuatkuasa letak jawatan). Perlembagaan PN ini pelik juga Pengerusi PN memegang jawatan selagi dikehendaki oleh MT. Walau 10 atau 20 tahun, kalau MT nak. Bila dia letak jawatan maka perletakan jawatan dia perlu diluluskan oleh MT.
“Kehadiran? Pemahaman saya kita hanya panggil ahli MT sahaja. Kalau ada satu keputusan lain yang tafsir perlembagaan ini, saya sebagai Timbalan Setiausaha Agung saya akur,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL – UTUSAN






