SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) kini mendahului di 18 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mendahului di 11 kerusi DUN.
Demikian diumumkan pengacara siaran langsung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Facebook.-UTUSAN






