KUALA TERENGGANU: Beberapa tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa disiplinnya dalam masa terdekat.
Sumber memberitahu Nexbyte, antara yang bakal dibincangkan adalah tindakan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan mengumumkan membentuk sebuah gabungan baharu.
“Jawatankuasa disiplin akan membincangkan perkara ini,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedudukan Bersatu dalam gabungan itu belum berubah walaupun timbul dakwaan keanggotaan parti berkenaan gugur susulan hasrat mahu membentuk gabungan politik baharu.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa keanggotaan Bersatu dalam PN gugur secara automatik susulan pengumuman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasrat membentuk gabungan politik baharu. – UTUSAN






