googletag.cmd.push(function() { var fn_pageskin = "false"; if (screen.width >= 1260) { fn_pageskin = "true"; } googletag.pubads().setTargeting("inskin_yes",fn_pageskin); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_1x1', [1, 1], 'div-gpt-ad-1615189433644-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_1x1_MG', [1, 1], 'div-gpt-ad-1691483774852-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineOutOfPageSlot('/1009103/Utusan_Outofpage', 'div-gpt-ad-1615189740903-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_Andbeyond_Pixel', [1, 1], 'div-gpt-ad-1615271829115-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_1x1_Programmatic', [1, 1], 'div-gpt-ad-1640154505594-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Midrec', [300, 250], 'div-gpt-ad-1615190641095-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Midrec_b', [300, 250], 'div-gpt-ad-1615190686477-0').addService(googletag.pubads()); var interstitialSlot = googletag.defineOutOfPageSlot('/1009103/Utusan_Interstitial', googletag.enums.OutOfPageFormat.INTERSTITIAL); if (interstitialSlot) {interstitialSlot.addService(googletag.pubads());} if(window.screen.width > 767) { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Billboard', [[970, 90], [728, 90]], 'div-gpt-ad-1615189823266-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Billboard_b', [[970, 250], [970, 90], [728, 90]], 'div-gpt-ad-1615189882276-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Billboard_c', [[970, 90], [728, 90]], 'div-gpt-ad-1615189932950-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Halfpage', [300, 600], 'div-gpt-ad-1615189979633-0').addService(googletag.pubads()); if(window.dfpTargetingParams.pos == 'homepage') { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Leaderboard', [728, 90], 'div-gpt-ad-1615190386969-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Leaderboard_b', [728, 90], 'div-gpt-ad-1615190592996-0').addService(googletag.pubads()); } if(window.dfpTargetingParams.pos == 'article') { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_In_Article_Midrec', [300, 250], 'div-gpt-ad-1615189684956-0').addService(googletag.pubads()); } } else { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Mobile_Leaderboard', [[320, 100], [320, 50]], 'div-gpt-ad-1615190762392-0').addService(googletag.pubads()); if(window.dfpTargetingParams.pos == 'homepage') { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_HP_Sticky_Mobile_Leaderboard', [320, 50], 'div-gpt-ad-1615189582519-0').addService(googletag.pubads()); } } googletag.pubads().setTargeting("lotauds", lotaudsList).setTargeting("section", window.dfpTargetingParams.section).setTargeting("pos", window.dfpTargetingParams.pos).setTargeting("key", window.dfpTargetingParams.key); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); }); ‘Rekod peribadi sahaja tidak cukup raih pingat’ var mi_version = '10.0.2'; var mi_track_user = true; var mi_no_track_reason = ''; var MonsterInsightsDefaultLocations = {"page_location":"https:\/\/www.utusan.com.my\/premium\/2025\/06\/rekod-peribadi-sahaja-tidak-cukup-raih-pingat\/","page_referrer":"https:\/\/www.utusan.com.my"}; if ( typeof MonsterInsightsPrivacyGuardFilter === 'function' ) { var MonsterInsightsLocations = (typeof MonsterInsightsExcludeQuery === 'object') ? MonsterInsightsPrivacyGuardFilter( MonsterInsightsExcludeQuery ) : MonsterInsightsPrivacyGuardFilter( MonsterInsightsDefaultLocations ); } else { var MonsterInsightsLocations = (typeof MonsterInsightsExcludeQuery === 'object') ? MonsterInsightsExcludeQuery : MonsterInsightsDefaultLocations; } var disableStrs = [ 'ga-disable-G-BK0N6S9W6H', ]; /* Function to detect opted out users */ function __gtagTrackerIsOptedOut() { for (var index = 0; index < disableStrs.length; index++) { if (document.cookie.indexOf(disableStrs[index] + '=true') > -1) { return true; } } return false; } /* Disable tracking if the opt-out cookie exists. */ if (__gtagTrackerIsOptedOut()) { for (var index = 0; index < disableStrs.length; index++) { window[disableStrs[index]] = true; } } /* Opt-out function */ function __gtagTrackerOptout() { for (var index = 0; index < disableStrs.length; index++) { document.cookie = disableStrs[index] + '=true; expires=Thu, 31 Dec 2099 23:59:59 UTC; path=/'; window[disableStrs[index]] = true; } } if ('undefined' === typeof gaOptout) { function gaOptout() { __gtagTrackerOptout(); } } window.dataLayer = window.dataLayer || []; window.MonsterInsightsDualTracker = { helpers: {}, trackers: {}, }; if (mi_track_user) { function __gtagDataLayer() { dataLayer.push(arguments); } function __gtagTracker(type, name, parameters) { if (!parameters) { parameters = {}; } if (parameters.send_to) { __gtagDataLayer.apply(null, arguments); return; } if (type === 'event') { parameters.send_to = monsterinsights_frontend.v4_id; var hookName = name; if (typeof parameters['event_category'] !== 'undefined') { hookName = parameters['event_category'] + ':' + name; } if (typeof MonsterInsightsDualTracker.trackers[hookName] !== 'undefined') { MonsterInsightsDualTracker.trackers[hookName](parameters); } else { __gtagDataLayer('event', name, parameters); } } else { __gtagDataLayer.apply(null, arguments); } } __gtagTracker('js', new Date()); __gtagTracker('set', { 'developer_id.dZGIzZG': true, }); if ( MonsterInsightsLocations.page_location ) { __gtagTracker('set', MonsterInsightsLocations); } __gtagTracker('config', 'G-BK0N6S9W6H', {"forceSSL":"true","link_attribution":"true"} ); window.gtag = __gtagTracker; (function () { /* https://developers.google.com/analytics/devguides/collection/analyticsjs/ */ /* ga and __gaTracker compatibility shim. */ var noopfn = function () { return null; }; var newtracker = function () { return new Tracker(); }; var Tracker = function () { return null; }; var p = Tracker.prototype; p.get = noopfn; p.set = noopfn; p.send = function () { var args = Array.prototype.slice.call(arguments); args.unshift('send'); __gaTracker.apply(null, args); }; var __gaTracker = function () { var len = arguments.length; if (len === 0) { return; } var f = arguments[len - 1]; if (typeof f !== 'object' || f === null || typeof f.hitCallback !== 'function') { if ('send' === arguments[0]) { var hitConverted, hitObject = false, action; if ('event' === arguments[1]) { if ('undefined' !== typeof arguments[3]) { hitObject = { 'eventAction': arguments[3], 'eventCategory': arguments[2], 'eventLabel': arguments[4], 'value': arguments[5] ? arguments[5] : 1, } } } if ('pageview' === arguments[1]) { if ('undefined' !== typeof arguments[2]) { hitObject = { 'eventAction': 'page_view', 'page_path': arguments[2], } } } if (typeof arguments[2] === 'object') { hitObject = arguments[2]; } if (typeof arguments[5] === 'object') { Object.assign(hitObject, arguments[5]); } if ('undefined' !== typeof arguments[1].hitType) { hitObject = arguments[1]; if ('pageview' === hitObject.hitType) { hitObject.eventAction = 'page_view'; } } if (hitObject) { action = 'timing' === arguments[1].hitType ? 'timing_complete' : hitObject.eventAction; hitConverted = mapArgs(hitObject); __gtagTracker('event', action, hitConverted); } } return; } function mapArgs(args) { var arg, hit = {}; var gaMap = { 'eventCategory': 'event_category', 'eventAction': 'event_action', 'eventLabel': 'event_label', 'eventValue': 'event_value', 'nonInteraction': 'non_interaction', 'timingCategory': 'event_category', 'timingVar': 'name', 'timingValue': 'value', 'timingLabel': 'event_label', 'page': 'page_path', 'location': 'page_location', 'title': 'page_title', 'referrer' : 'page_referrer', }; for (arg in args) { if (!(!args.hasOwnProperty(arg) || !gaMap.hasOwnProperty(arg))) { hit[gaMap[arg]] = args[arg]; } else { hit[arg] = args[arg]; } } return hit; } try { f.hitCallback(); } catch (ex) { } }; __gaTracker.create = newtracker; __gaTracker.getByName = newtracker; __gaTracker.getAll = function () { return []; }; __gaTracker.remove = noopfn; __gaTracker.loaded = true; window['__gaTracker'] = __gaTracker; })(); } else { console.log(""); (function () { function __gtagTracker() { return null; } window['__gtagTracker'] = __gtagTracker; window['gtag'] = __gtagTracker; })(); }

17 Ogos 2026, 12:35 pm

‘Rekod peribadi sahaja tidak cukup raih pingat’

AHMAD SHAPAWI ISMAIL

MUKADIMAH

Lebih tiga dekad mencurah khidmat dalam sukan negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjadi saksi kepada pelbagai fasa penting dalam dunia sukan tanah air. Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) ini cukup dikenali dengan pendekatan tegas namun rasional, dan masih aktif menyumbang pandangan serta idea dalam landskap sukan negara.

Wartawan Mingguan Malaysia, Nur Izatul Azwa Ramli berkesempatan menemu bual  Ahmad Shapawi bagi menyelami pandangan beliau berkenaan isu atlet dan hala tuju sukan negara. 

MINGGUAN: Lebih 35 tahun dalam MSN, bagaimana Datuk melihat perubahan landskap sukan negara?

AHMAD SHAPAWI: Perubahan paling besar berlaku sekitar 1998, apabila Malaysia menawarkan diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel. Itu merupakan titik tolak perubahan landskap sukan negara.  Program Jaya 98 pada waktu itu menjadi pemangkin kepada perubahan besar. Sebelum itu, kita buat persiapan setiap dua tahun untuk Sukan SEA, Asia, dan sebagainya. Tapi lepas tahun 1998, kita ubah kepada kitaran empat tahun, supaya lebih tersusun seperti negara maju. 

 

Kalau kita imbas kembali sebelum 1998, pendekatan kita lebih bersifat jangka pendek, tumpuan hanya kepada temasya demi temasya. Tapi selepas kita menganjurkan Sukan Komanwel, melalui Program Jaya 98, kita mula beralih kepada kitaran persediaan empat tahun di mana ia lebih tersusun dan terancang.

 

Dari segi pencapaian, adakah Malaysia berada pada tahap membanggakan?

Sepanjang saya menerajui MSN, kita mencatat pelbagai kejayaan membanggakan. Antara yang paling besar pastinya kejayaan di Sukan SEA 2017 apabila Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan 145 pingat emas di rumah sendiri. Sebenarnya, kejayaan itu mengulangi apa yang kita capai pada 2001, juga sewaktu kita jadi tuan rumah di mana kita berjaya kumpul 111 pingat emas dan muncul juara keseluruhan buat pertama kali.

Bagi saya, dalam sukan-sukan tertentu seperti badminton, terjun dan berbasikal, kita telah berjaya melahirkan atlet bertaraf dunia. Nama-nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Azizulhasni Awang dan Datuk Pandelela Rinong bukan sahaja harum di peringkat Asia, malah turut dihormati di pentas Olimpik. Namun, kita masih belum cukup berjaya dalam sukan-sukan teras Olimpik musim panas atau yang saya panggil Olympic Base Sport. Ini termasuk gimnastik, olahraga dan renang. Sukan-sukan ini merupakan tunjang kepada kejayaan sebenar di Olimpik, tetapi kita masih bergelut untuk melahirkan atlet yang boleh bersaing di peringkat dunia.

Kita harus realistik. Jika negara seperti Jamaica boleh jadi kuasa dalam olahraga, dan China dalam gimnastik serta renang, kenapa tidak Malaysia? Ini menuntut perubahan menyeluruh dalam cara kita membina bakat dan melatih atlet. Kalau kita terus fokus hanya pada sukan tradisi, sukar untuk bersaing dalam Olimpik. 

Atlet kita berminat kejar rekod peribadi, bukan podium. Apa pendapat Datuk?

Sebenarnya, mana-mana ahli sukan memang akan fokus untuk pecahkan rekod peribadi dahulu. Ini proses penting kerana atlet kena sentiasa cabar diri dan keluar dari zon selesa supaya prestasi mereka dapat meningkat secara berperingkat. Tapi, memecahkan rekod peribadi sahaja tak cukup untuk kita nak raih pingat dalam kejohanan besar.

Untuk layak bertanding dan bersaing bagi pingat, prestasi atlet mesti memenuhi tahap kelayakan tertentu. Kalau rekod peribadi masih jauh di bawah tahap pemenang pingat, atlet itu sebenarnya tidak patut mewakili negara. Jadi, isu bukan atlet kejar rekod peribadi tanpa podium, tapi soal pemilihan atlet yang tepat berdasarkan prestasi semasa mereka.

Ini sangat penting sebab kerajaan dan badan sukan dah labur beratus juta ringgit untuk hantar atlet ke kejohanan termasuk kos latihan, penginapan, penerbangan, dan lain-lain. Contohnya, dulu kalau hantar atlet ke China, kos makan dan penginapan sekitar AS$30 sehari, tapi sekarang dah naik sampai AS$100 sehari. Itu di Asia, jika ke Eropah, sudah pasti kos nya lebih tinggi. Jadi, kos ini berubah ikut negara dan jenis kejohanan. Kita kena pastikan atlet yang dihantar memang layak dan berpotensi bawa pulang pingat. Kalau kita hantar atlet yang rekodnya rendah, maka pelaburan itu mungkin sia-sia.

Oleh itu, setiap atlet mesti melalui proses pemilihan ketat supaya hanya mereka yang benar-benar bersedia dan ada potensi yang diberi peluang. Dalam soal pemilihan dan pembangunan atlet, saya selalu tekankan pentingnya jurulatih dan pegawai membuat penilaian secara menyeluruh menggunakan pendekatan SWOT. Analisis ini bukan sahaja berguna untuk peringkat organisasi, malah sangat penting untuk menilai potensi dan kesediaan seseorang atlet itu sendiri. 

Dalam analisis SWOT, kita ada empat elemen utama iaitu Strength (kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunities (peluang), dan Threats (ancaman). Kekuatan merujuk kepada kelebihan yang dimiliki atlet seperti fizikal yang mantap atau semangat juang tinggi. Kelemahan pula meliputi aspek seperti kurang fokus atau teknik yang lemah. Peluang boleh datang dalam bentuk pendedahan latihan luar negara, manakala ancaman pula mungkin seperti tekanan sosial, kecederaan, atau saingan dari atlet lain. Apabila kita faham semua elemen ini, barulah perancangan latihan dan pembangunan boleh dilakukan secara lebih tepat dan menyeluruh. 

Untuk atlet meraih pingat, adakah tekanan terhadap atlet perlu atau sebaliknya?

Tekanan dalam sukan berprestasi tinggi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Bezanya hanyalah pendekatan, kalau kita lihat di negara China, atlet mereka menghadapi tekanan yang sangat tinggi sejak usia muda kerana persaingan dalam kalangan ribuan bakat.

Di Malaysia, jumlah atlet berbakat tidaklah seramai itu. Maka kita perlu olah tekanan dengan cara yang sesuai, sama ada melalui pendekatan psikologi sukan, penetapan sasaran progresif atau cabaran berbentuk simulasi pertandingan.

Jurulatih memainkan peranan besar dalam hal ini kerana mereka perlu tahu tahap kemampuan fizikal dan mental atlet, dan bijak mengatur tekanan agar ia menjadi motivasi, bukan beban, disini juga pentingnya kaedah SWOT yang saya sebutkan. 

Namun saya tidak nafikan, kadangkala tekanan juga datang dari luar seperti media, peminat, dan kadangkala persatuan sendiri. Kita perlu cipta ekosistem yang sihat dan menyokong, bukan hanya meletakkan beban harapan.

Paling penting, atlet itu sendiri mesti belajar berdepan tekanan. Kerana dalam pertandingan sebenar, tiada siapa akan beri ruang mudah dan latihan dari segi kekuatan mental mesti sama penting dengan latihan fizikal.

Penggunaan pemain naturalisasi dan warisan dalam skuad kebangsaan pernah dipertikaikan apabila menyentuh peluang untuk pemain tempatan. Apa pandangan Datuk?

Saya faham kenapa isu ini menjadi bahan perdebatan. Tapi kita kena lihat daripada sudut strategi jangka pendek dan jangka panjang. Menggunakan pemain naturalisasi bukan semata-mata mahu cari jalan pintas, tetapi ia juga boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan itu sendiri.

Kalau kita lihat sejarah, banyak negara berjaya menggunakan strategi ini. Tetapi ia mestilah seiring dengan pembangunan bakat tempatan. Apa yang penting, kita perlu ada keseimbangan. Bagi saya, naturalisasi tidak sepatutnya menenggelamkan bakat tempatan, sebaliknya membantu melonjakkan prestasi pasukan.

Keberadaan pemain bertaraf tinggi dalam pasukan kebangsaan akan mencetuskan persaingan sihat dalam kalangan pemain tempatan dan jadi sumber inspirasi mereka. Kalau kita ada pemain seperti Liridon Krasniqi atau Endrick Dos Santos yang menunjukkan prestasi tinggi, pemain muda tempatan sudah pasti akan berusaha untuk menyaingi mereka.

Saya akui kita mempunyai program-program seperti Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP) tetapi masyarakat seharusnya melihat perkara itu dalam skop yang lebih luas. 

AMD adalah satu langkah strategik yang diwujudkan untuk memperkukuh pembangunan bakat dari peringkat akar umbi, ia bukan program yang menjanjikan keputusan serta-merta. Kita ada contoh pemain bola profesional iaitu Arif Aiman, antara produk terbaik yang lahir daripada AMD. Jika kita bandingkan dengan negara seperti Rusia, mereka melatih ribuan atlet untuk melahirkan hanya satu sprinter elit. Kita hanya ada sekitar 200 lebih pelatih dalam satu masa dan berjaya hasilkan pemain bertaraf kebangsaan seperti Arif Aiman itu sendiri sudah menunjukkan keberkesanan. Kebanyakan pemain pasukan bola sepak negeri juga hasil keluaran dari AMD. 

Kita perlu faham bahawa dalam dunia pembangunan atlet, bukan semua akan menjadi bintang. Namun jika kita mampu melahirkan majoriti atlet yang konsisten, profesional dan boleh bersaing di peringkat kebangsaan serta kelab, itu satu kejayaan. Mungkin mereka bukan bintang dunia, tapi mereka tetap aset kepada pasukan dan sukan negara.

Masalahnya, masyarakat sering menilai kejayaan berdasarkan bintang ternama sahaja. Kalau tiada juara dunia, dianggap gagal. Oleh itu, AMD tidak boleh dinilai dari satu perspektif semata-mata. Kita perlu lihat hasil jangka panjang dan bagaimana ia telah membina asas yang lebih kukuh untuk pembangunan bola sepak negara.

Jadi, dengan kehadiran pemain naturalisasi ini, ia dapat memberi harapan segera kepada Skuad Harimau Malaya untuk mencapai keputusan positif. Apabila prestasi pasukan meningkat, ia akan menarik minat lebih ramai masyarakat, ibu bapa dan pemain muda untuk serius dalam sukan tersebut.

Kita perlukan ikon dalam setiap sukan. Sama seperti Nicol David dalam skuasy atau Azizulhasni dalam berbasikal. Bila ada tokoh berjaya, lebih mudah untuk tarik minat generasi baharu. Naturalisasi boleh jadi salah satu jalan ke arah itu jika diurus dengan betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN