BIRMINGHAM: Sentuhan magis Pengendali Aston Villa, Unai Emery menjadi tonik buat anak buahnya selepas membawa The Blues mara ke final Liga Europa menerusi kemenangan bergaya ke atas Nottingham Forest .
Villa bangkit daripada kekalahan 1-0 pada aksi separuh akhir pertama sebelum membenam Forest 4-0 di laman sendiri untuk mara dengan agregat 4-1 sekali gus menempah pertemuan akhir menentang SC Freiburg.
Kejayaan itu menyaksikan Emery terus mengukuhkan reputasinya sebagai pakar Liga Europa apabila berjaya membawa pasukan ke final buat kali keenam sepanjang karier kejurulatihannya.
Pengendali berusia 54 tahun dari Sepanyol itu sebelum ini memenangi empat gelaran tiga bersama Sevilla FC pada 2014, 2015 dan 2016 serta satu lagi bersama Villarreal CF pada 2021.
Satu-satunya kekalahan final Emery dalam kejohanan itu hadir ketika membimbing Arsenal FC pada 2019.
“Kini kami perlu fokus kepada final. Kami mahu lakukan sesuatu yang hebat untuk penyokong,” kata Emery.
Penyerang Villa, Ollie Watkins turut menyifatkan Emery sebagai faktor utama kebangkitan pasukan itu di pentas Eropah.
“Rekod beliau sudah cukup membuktikan segala-galanya. Sekarang kami perlu melengkapkannya dengan trofi,” ujar Watkins. – AGENSI/UTUSAN






