MUKADIMAH
GELARAN Yang Berhormat (YB) merupakan satu tanggungjawab berat lebih-lebih lagi bagi mereka yang baharu pertama kali memegang jawatan sebagai ahli Parlimen.
Malah, ditambah dengan usia yang masih muda, cabaran besar menanti Ahli Parlimen yang julung kalinya meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Paling penting, tiada lagi tempoh ‘berbulan madu’ sebagaimana kehidupan mereka sebelum ini kerana segalanya akan diperhati lawan dan kawan serta rakyat sehingga tempoh penggal berakhir.
Wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI menemu ramah dua Ahli Parlimen yang buat julung kalinya memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas dan Sungai Petani iaitu DR. SITI MASTURA MUHAMMAD dan DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI bagi menceritakan pengalaman dan perspektif mereka.
MINGGUAN MALAYSIA: Bagaimana perasaan dan pengalaman menjadi wakil rakyat lebih-lebih lagi pertama kali melangkah ke Parlimen?
SITI MASTURA: Pertama sekali sudah semestinya saya bersyukur dan kedua saya teruja. Ini kerana sebelum ini saya pernah ke Parlimen sebagai pelawat dan kali ini kehadiran saya berbeza iaitu sebagai Ahli Parlimen.
Malah saya teruja disebabkan dapat melihat secara realiti semua ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Mereka ingat saya pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen. Itu antara respons petugas Parlimen dan Bentara.
Dalam masa sama, saya turut terkejut kerana ada bertanyakan tentang umur. Mungkin disebabkan wajah di media dan realiti berbeza.
BANYAK ADUAN
Bagaimana respons penduduk di kawasan YB? Adakah YB menerima banyak aduan dan rungutan?
Realitinya saya memang membesar di Kepala Batas. Sebelum saya menjadi Ahli Parlimen saya seorang pendidik dan turut mengajar di surau serta masjid dengan kelayakan yang ada.
Jadi ikatan dan hubungan itu sudah ada terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal.
Kedua saya juga banyak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sudah biasa turun ke kawasan memberi bantuan terutama ketika banjir. Akan tetapi dulu orang tidak kenal saya. Sekarang apabila sudah menjadi Ahli Parlimen dan dikenali, rakyat mahu membuat aduan.
Saya masih ingat lagi sewaktu keputusan PRU15 dan saya diumumkan menang pada pukul 1.30 pagi, dalam tempoh setengah jam sahaja saya sudah terima lebih
Saya juga melihat secara terus setiap perbahasan dan usul yang dibentangkan ahli Parlimen sama ada berlandaskan agenda peribadi atau rakyat. Selain itu, saya masih ingat lagi pada hari pertama melangkah ke dalam Dewan Rakyat, ramai terkejut dan tertanya-tanya betul ke saya Ahli Parlimen.100 aduan. Walhal tidak angkat sumpah lagi. Esoknya, pun ada datang ke rumah minta bantuan. Jadi itulah cabaran yang perlu saya hadapi.
Lagipun di Kepala Batas ini ada tiga DUN dan mewakili pelbagai lapisan masyarakat. Kalau di Penaga saya banyak terima aduan jalan berlopak dan bot bocor.
Akan tetapi di Bertam iaitu kawasan bandar, isunya pula berbeza dan lebih tertumpu kepada perumahan haram atau isu perparitan.
Bagaimanapun paling menyentuh hati apabila ada aduan melibatkan kos sara hidup. Itu yang paling sedih.
YB berjaya tewaskan nama besar di Kepala Batas. Adakah YB melihat ini satu pencapaian terbaik sebagai seorang Ahli Parlimen?
Bagi saya itu bukan pencapaian tetapi satu kepercayaan. Secara peribadi saya tidak pernah mengimpikan atau tetapkan sasaran untuk menjadi wakil rakyat.
Saya melihat ia sebagai satu kepercayaan diberikan kepada pengundi dan saya sangat bersyukur.
Walaupun saya berjaya kalahkan giant killer, pada saya amanah telah diberikan pengundi Kepala Batas dan saya perlu jalankan tanggungjawab dengan baik.
Rasanya sebelum ini pun penyandang kerusi di kawasan tersebut iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah menjalankan tanggungjawab dan segala kerja
-kerja bermanfaat dilaksanakan olehnya akan saya teruskan nanti.
DEWAN RAKYAT TEGANG
Banyak yang melihat sesi persidangan Dewan Rakyat sebelum ini yang penuh ketegangan sehingga memberi pandangan sinis masyarakat. Apa pandangan YB?
Sudah tentu kita mahukan ada satu perubahan sebab masyarakat dan pelabur serta orang luar lihat situasi ketika sesi persidangan sedang berlangsung.
Bagi saya sendiri sebagai Ahli Parlimen muda, perkara yang negatif dan tidak baik jangan kita lakukan.
Mungkin ada pendapat mengatakan kalau kita terjerit-jerit, kita boleh terkenal atau tular. Sebenarnya itu bukan normalisasi yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen.
Sebagai anak muda dan Ahli Parlimen, kita perlu lebih beradab dan berakhlak.
PN TIDAK LANTANG
Ada banyak pandangan mengatakan PN ini tidak ada suara yang betul-betul lantang untuk menjadi pembangkang. Reaksi YB?
Pertama, kita perlu melihat apa itu lantang. Adakah ia bermaksud berterus terang atau bersuara keras?
Bagi saya lantang kalau di peringkat PN fokusnya kepada tiga perkara iaitu menjadi pembangkang membina, berwibawa dan berintegriti.
Kami di peringkat Ahli Parlimen PN pun telah diingatkan dengan tiga perkara ini. Lantang perlu bertempat dengan tiga perkara saya katakan tadi.
Ada dakwaan kononnya PN ini lebih banyak dib
arisi tokoh agamawan dan kurang tokoh profesional. Bagaimana YB melihat perkara ini?
Kalau ikutkan ada 74 Ahli Parlimen PN. Kita seimbang antara agamawan dan teknokrat.
Saya sendiri merupakan graduan syariah Universiti Al-Azhar Mesir dan dalam masa sama saya juga penuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana.
Pada saya agamawan dan profesional ini perlu diseiringkan dan tidak boleh dipisahkan. Mungkin ada satu-satu perkara itu ulama pakar dan kita perlu fokuskan pada mereka manakala bagi yang berada dalam bidang profesional pula akan bercakap perkara khusus dalam bidang berkaitan. Jadi komprehensif antara satu sama lain.
Selepas dilantik sebagai Ahli Parlimen, apakah keperluan sebenar yang amat dituntut untuk menjadi seorang wakil rakyat?
Ia telah pun ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Paling penting ada empat perkara iaitu siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
Siddiq maknanya kita cakap perkara benar dan berfakta. Amanah pula kita laksanakan tanggungjawab. Kalau kita jadi Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang, kita laksanakan tanggungjawab kepada semua. Bukan ikut kroni. Begitu juga dalam hal perkara berkaitan bantuan.
Begitu juga tabligh. Benda yang betul kita sampaikan dan kalau salah katakan salah. Kita tidak boleh kata ‘oh dia macam ini, jadi kena tolong’.
Untuk fatanah pula, maksudnya perlu lakukan perkara berlandaskan ahli sunnah. Bagi saya sendiri sebagai anak muda macam mana pun perkara asas individu dan Ahli Parlimen beragama Islam sudah tentu kita berpegang kepada asas al-Quran dan Sunnah. Kalau pegang prinsip ini kita ttidak sesat serta kecundang.
PERSONALITI
Adakah personaliti seseorang itu membantu kepada kemenangan dan sokongan rakyat kepada seseorang Ahli Parlimen terutama golongan muda?
Sebab itu kita perlu kembali kepada apa yang saya katakan tadi. Perlu tahu personaliti itu daripada sudut perspektif Islam.
Sebab pada saya personaliti itu perlu ada sebagaimana Rasulullah SAW tunjukkan pada kita. Sebagai contoh, Rasulullah SAW apabila ada perkara berkaitan agama disentuh, Baginda akan lantang.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen. Perkara yang betul kita perlu bertegas dan lantang.
Hatta dalam kajian pun menunjukkan manusia akan lihat personaliti luaran sebanyak 70 peratus.
Bagaimana kita bermasyarakat, cara kita berbual dengan keluarga dan mak ayah semua itu orang pandang manakala 30 peratus menerusi percakapan kita. Kadang-kadang kita tidak perlu hendak tular. Apabila ada personaliti yang baik dengan semua orang, mereka tahu dan akan bercakap tentang kebaikan kita.
Semuanya kawan, biarpun dikelilingi ‘lawan’ di Kedah
Bagaimana pertama kali menjadi wakil rakyat dan melangkah masuk ke Parlimen?
MOHAMMED TAUFIQ: Pengalaman pertama bila masuk dalam sesi persidangan Dewan Rakyat saya bersyukur dan saya rasa ia satu tanggungjawab besar.
Perasaan juga bercampur baur dan teruja serta ada rasa tanggungjawab atas bahu untuk membawa suara rakyat Sungai Petani.
YB sebelum ini bertugas sebagai seorang doktor dan kini menjadi wakil rakyat. Adakah terdapat perubahan 360 darjah dalam kehidupan?
Dulu waktu saya berkhidmat sebagai doktor di Bandung
, Indonesia, tidak banyak beza.Lagipun dulu pesakit ada datang menceritakan masalah juga dan saya perlu selesaikan dengan penuh disiplin serta integriti. Selepas itu saya perlu berikan satu solusi iaitu ubat.Konsep sama macam wakil rakyat.Kita terima bermacam aduan dan masalah yang dibawa masyarakat. Bezanya adalah harapan terhadap pemimpin lebih besar dan skop yang luas.Sebab itu, salah satu faktor saya mahu menjadi wakil rakyat pun kerana mahu berkhidmat dengan lebih meluas.Kalau saya jadi doktor pun mungkin saya boleh rawat 60 pesakit satu hari. Akan tetapi apabila jadi pemimpin saya boleh membuat polisi.
Perbezaan memang ada. Dulu kerjaya sebagai doktor dalam ruang lingkup tertutup dan kurang bergaul dengan luar.
Sekarang skop lebih besar. Apabila ada orang datang, aduan diterima dalam keadaan pelbagai.
Kadang-kala bukan hanya masalah, tapi ada yang mahu ceritakan kegembiraan dan luahan perasaan .
Ada YB terima aduan yang tidak boleh dilupakan sebaik menjadi wakil rakyat?
Banyak yang saya terima bekalan air. Tapi paling terkesan apabila saya menolong satu individu yang dalam keadaan dia tidak mahu orang tahu masalah dia.
Saya tahu cerita dia pun daripada kawan yang mengatakan dia pengidap kencing manis dan perlukan wang ringgit.
Cuma dia segan dan lebih suka menyendiri. Apabila dapat tahu saya pergi rumah dia beri bantuan dan sebagainya, kegembiraannya luar biasa.
Dan individu tersebut meninggal dunia dalam tempoh dua minggu selepas dibantu. Walaupun kita banyak beri bantuan, sebenarnya masih ada tertinggal di celah-celah kehidupan.
SUAIKAN DIRI
YB satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang dikelilingi Ahli Parlimen PN di Kedah. Ada masalah untuk sesuaikan diri?
Tiada kekangan. Saya ambil sikap berkawan dengan semua orang. Kalau tanya orang di Sungai Petani pun mereka tahu saya bagaimana.
Saya tidak letakkan tembok parti itu sebagai satu halangan untuk mendekati orang ramai. Daripada segi pemimpin pun saya tiada masalah. Sejak berkempen lagi saya lebih suka masuk ke khemah PN dan BN.
Waktu penamaan calon pun saya bersama penyokong parti lawan. Pada saya politik satu hal dan ukhuwah perlu dijaga.
Dan saya selesa dengan pemimpin lain. Sebelum ini kita ada pertemuan dengan Ahli Parlimen Kedah dan Perlis bersama bekas speaker. Dan saya dapat sesuaikan diri dengan baik bersama pemimpin.
Kalau saya menyendiri dan tidak bersama mereka , kerjasama baik untuk berkhidmat kepada rakyat terganggu.
Bagaimana YB melihat situasi di Dewan Rakyat yang kadang-kala hiruk-pikuk?
Bagi saya begini. Tegas itu penting dan lantang itu bagus. Tapi kita ada garis panduan. Jangan melebihi garis sempadan.
Perbezaan pendapat itu wajar dan biasa. Cuma kita perlu pegang kepada satu iaitu peraturan Dewan Rakyat.
Setiap apa dilafazkan dalam dewan itu menggambarkan kemuliaannya dan martabat sebagai Ahli Parlimen.
Apa bezanya kemuliaan Dewan Rakyat dengan kedai kopi kalau cara berbahas sama? Jadi kita perlu berubah.
Mungkin saya baharu melihat situasi hari pertama dan kedua. Saya lihat ada Ahli Parlimen yang memerlukan masa untuk sesuaikan diri dalam Dewan Rakyat dan berhujah secara berhemah.
KELEBIHAN BAPA
YB ialah anak kepada ahli politik yang pernah menyandang kerusi Parlimen Sungai Petani iaitu Datuk Johari Abdul. Adakah ia satu kelebihan?
Kelebihan mesti ada. Pertama, bukan disebabkan ayah sebagai pemimpin parti yang lama. Dia sudah buat sesuatu yang baik kepada rakyat Sungai Petani.
Malah sebagai contoh, kalau dia bukan ayah saya pun, saya beruntung sebab penyandang sudah buat kerja dengan baik.
Apabila saya turun, orang sudah selesa dengan saya dan parti serta berharap khidmat yang lebih baik. Ayah saya sudah meletakkan satu standard tinggi. Jadi, saya perlu buat lebih baik daripada itu.
Adakah personaliti yang dituntut untuk menjadi wakil rakyat?
Yang mustahak perlu disukai orang ramai. Bukan sebab paras rupa atau latar belakang keluarga, sebaliknya perkhidmatan baik dan disiplin.
Bagaimana kita ambil masalah itu dan yakinkan untuk dibawa ke arah mencapai solusi. Disamping itu jangan sombong, berdisiplin dan jaga integriti. – Mingguan Malaysia






