PEKAN: Jenazah mangsa kes bunuh Nor Farah Kartini Abdullah, 25, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan di sini, pada jam 5.20 petang.
Jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, pada pukul 2.05 petang tadi menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tiba di tanah perkuburan pada pukul 5 petang.
Ketibaan jenazah turut diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga. Hadir sama wakil Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindutrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alm Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib.
Terdahulu, jasad Nor Farah dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, pada pukul 2.05 petang.
Ratusan penduduk tempatan dan kenalan Allahuarham termasuk kakitangan UPSI hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Terdahulu, misteri kehilangan Nur Farah Kartini sejak Rabu minggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin.
Mangsa yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu disyaki dibunuh individu yang dikenalinya.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim. – UTUSAN




