PETALING JAYA: Beberapa jambangan bunga diletakkan oleh orang ramai di hadapan pintu masuk sebuah sekolah menengah di Bandar Nexbyte di sini, hari ini sebagai tanda simpati dan penghormatan.
Bunga pelbagai warna kelihatan tersusun di bawah papan tanda dan tepi tembok berhampiran pintu pagar utama.
Bunga yang dibalut dengan kertas putih dan ungu itu melambangkan kesedihan serta kehilangan yang dirasai warga sekolah.
Tinjauan Nexbyte mendapati, jambangan bunga turut diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang bersimpati dengan kejadian itu.
Beberapa individu berhenti seketika di hadapan pagar sekolah, sebelum meninggalkan bunga sebagai tanda solidariti.
Kira-kira pukul 9.10 pagi semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badan di kawasan sekolah.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan bersama dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – UTUSAN






