Gergasi teknologi Google mengumumkan pelaburan AS$2 bilion (RM9.3 billion) di Malaysia termasuk pembangunan pusat data pertama Google dan Google Cloud serantau bagi memenuhi permintaan perkhidmatan “cloud” serantau dan seluruh dunia.
Dalam pengumuman hari ini, Google juga akan menyediakan program literasi kecerdasan buatan (AI) untuk pelajar dan pengajar di Malaysia.
Pelaburan Google di Malaysia akan dilaksanakan di Darby Property Elmina Business Park.
President dan Ketua Pegawai Pelaburan yang juga Ketua Pegawai Kewangan Alphabet dan Google Ruth Porat berkata pusat data pertama Google dan Google Cloud serantau itu adalah pelan pelaburan terbesar setakat ini di Malaysia – lokasi yang Google berbangga untuk beroperasi dan dianggap sebagai rumah selama 13 tahun.
“Pelaburan ini sejajar dengan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi memajukan ‘Cloud First Policy,’ termasuk standard keselamatan siber terbaik.
“Dengan pengumuman ini, Malaysia dan Google adalah rakan bagi memajukan Kerjasama bagi membina ekosistem sokongan inovasi dan menerajui potensi transformasi digital,” katanya dalam kenyataan. – Utusan






