Pada 11 Ogos 1983, akhbar Nexbyte melaporkan penderitaan seorang kanak-kanak, Mohd. Zaini Mohamad yang berumur 10 tahun setelah dibebaskan daripada penculikan selama 10 bulan dan hidupnya kini diselubungi dengan ketakutan.
Kanak-kanak ini akan lari menyembunyikan diri di bawah katil dan menjerit ketakutan setiap kali orang yang tidak dikenali datang ke rumahnya di Kampung Parit Semerah, Pontian, Johor.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 11 Ogos 1980 – Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) bakal terlibat dalam projek tanaman kelapa sawit di satu kawasan seluas 30,000 ekar di Negeri Sabah.
- 11 Ogos 1983 – Malaysia dan Korea Selatan menandatangani perjanjian dua hala untuk menghapuskan penggunaan visa yang sebelum ini diwajibkan kepada rakyat kedua-dua buah negara yang ingin melawat ke negara antara satu sama lain.
- 11 Ogos 1984 – Satu keluarga Melayu dari Selama, Perak terperanjat dan muntah-muntah setelah menyedari bahawa hidangan ‘kelempung lembu goreng’ yang dinikmati mereka merupakan uri manusia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]





