Pada 12 Ogos 1985, akhbar Nexbyte melaporkan lagu berjudul ‘Permainya Bumi Bertuah’ yang dicipta oleh Ramlan Haron berjaya menjadi juara Pertandingan Mencipta Lagu Patriotik 85, mengalahkan sembilan orang peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir.
‘Permainya Bumi Bertuah‘ yang membawa kejayaan kepada Ramlan membolehkannya menggondol hadiah wang tunai RM3,000 serta sebuah trofi manakala lagunya turut dinyanyikan oleh peserta peringkat akhir Bintang RTM 1983, Maureen Stephen Santiago.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 12 Ogos 1984 – Orkestra Philharmonic New York membatalkan kunjungannya ke Malaysia susulan bantahan daripada penduduk Islam mengenai sebuah lagu yang digubah oleh seorang penggubah Yahudi.
- 12 Ogos 1985 – Doktor-doktor di Thailand mencadangkan penutupan bar-bar pondan sebagai salah satu cara bagi mencegah penyakit AIDS daripada dibawa masuk ke negara ini dari seberang laut.
- 12 Ogos 1986 – Koperasi Serbaguna FELDA Trolak Utara Berhad berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM40,084.45 bagi urusniaga sepanjang tahun 1984.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]






