ISLAMABAD: Kementerian Luar Pakistan pada Khamis berkata, pemimpin negara itu masih meneruskan usaha pengantaraan untuk menamatkan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran meskipun konflik semakin memuncak, sambil menggesa penyelesaian dicapai menerusi rundingan. “Memang sukar untuk bersikap optimis dengan pertukaran serangan yang berlaku ketika ini. Namun kami masih belum berputus asa dan terus terlibat dalam usaha tersebut. “Jangan anggap pendekatan pengantaraan Pakistan sudah berakhir ,” kata jurucakap kementerian itu, Tahir Andrabi…




