BUELLTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan supaya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyegerakan rundingan gencatan senjata api dan pembebasan tebusan.
Memetik laporan Reuters, jurucakap Rumah Putih berkata, Biden menyatakan pendirian tersebut dalam satu panggilan telefon bersama Netanyahu semalam.
“Presiden menekankan keperluan meneruskan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan dan membincangkan rundingan yang akan datang di Kaherah, dengan mengekang sebarang halangan,” kata kenyataan Rumah Putih mengenai panggilan itu.
Selain itu, dalam panggilan itu, Biden dan Netanyahu membincangkan usaha AS untuk menyokong Israel bagi menentang semua ancaman dari Iran dan sekutunya dengan berterusan menghantar tentera ke negara itu.
Panggilan itu susulan lawatan diplomasi Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke Israel untuk membincangkan rundingan pelan gencatan senjata api kelmarin.
Sebelum ini, Blinken mendakwa Israel bersetuju dengan pelan itu namun Hamas pula sebelum ini dikatakan bersetuju dengan syor rundingan dikemukakan AS.
Rundingan gencatan senjata api dijangka berlangsung pada minggu ini, namun sehingga masih belum kata putus berkenaan perkara itu.-AGENSI






