MOSCOW : Cubaan Ukraine menyerang Russia dengan dron gagal apabila ia berjaya dimusnahkan dalam siri serangan seluruh wilayah termasuk 11 di wilayah Moscow, 23 di wilayah Bryansk, enam di wilayah Belgorod, tiga di wilayah Kaluga dan dua di wilayah Kursk.
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan 45 dron di seluruh wilayah Rusia, termasuk 11 di wilayah Moscow, 23 di wilayah Bryansk, enam di wilayah Belgorod, tiga di wilayah Kaluga dan dua di wilayah Kursk.
Beberapa dron juga dilaporkan dipintas di bandar Podolsk yang terletak kira-kira 38 km selatan Kremlin, demikian menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin.
“Ini merupakan salah satu cubaan terbesar untuk menyerang Moscow menggunakan dron,” kata Sobyanin dalam mesej di Telegram pada awal pagi Rabu.
Terdahulu, Ukraine dilaporkan melancarkan serangan dron yang dipercayai antara yang terbesar ke atas Moscow pada Rabu, dengan sekurang-kurangnya 11 dron berjaya dipintas oleh pertahanan udara Russia, demikian menurut pegawai Russia.
Selama berbulan-bulan, Ukraine melancarkan dron ke atas kilang penapisan minyak dan lapangan terbang di Rusia meskipun serangan dron besar-besaran dilancarkan terhadap wilayah Moscow yang mempunyai lebih 21 juta penduduk jarang berlaku.
Tambahnya, sistem pertahanan udara yang diwujudkan oleh Moscow telah berjaya menangkis semua serangan dron musuh.
Keadaan dilihat agak tenang di ibu negara Russia meskipun telah diberi pengumuman bahawa terdapat serangan dron yang dilancarkan oleh Ukraine ke arah Moscow.
Di Moscow, kebanyakan kafe, restoran, dan kedai-kedai masih dipenuhi orang ramai tanpa tanda-tanda kebimbangan, manakala Presiden Vladimir Putin bertemu dengan Perdana Menteri China, Li Qiang, di Kremlin.
Serangan dron ke atas Moscow ini adalah setanding dengan serangan pada Mei 2023 apabila sekurang-kurangnya lapan dron dimusnahkan di atas ibu kota, serangan yang dikatakan Putin sebagai percubaan Ukraine untuk menakut-nakutkan dan mencetuskan provokasi terhadap Russia. -AGENSI






