PETALING JAYA: Sebanyak 55 kilogram daun ketum bernilai RM2,200 di pesisir dirampas di pantai Pulau Jerejak, Pulau Pinang semalam.
Rampasan itu dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) semasa menjalankan tugas Op Taring Gelora di Sangkar Pulau Jerejak, 1 pagi terkesan pergerakan mencurigakan di kawasan pantai Pulau Jerejak.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, anggota Unit Risikan Marin (URM) Pulau Pinang kemudian memeriksa lokasi dan menemukan daun ketum itu di pesisir pantai.
“Pasukan cuba mengesan pemiliknya namun tiada individu yang datang ke lokasi terbabit.
“Barang yang dirampas itu kemudian dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN





