PETALING JAYA: MIC masih belum membuat sebarang keputusan muktamad sama ada untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata, setakat ini parti berteraskan masyarakat India itu akan kekal dalam Barisan Nasional (BN).
Katanya, ini kerana perkembangan dalam PN memerlukan parti itu menilai semula kedudukannya, khususnya selepas perubahan kepimpinan.
“PN telah melalui beberapa perubahan. Ia dahulu dipimpin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika kami membuat pertanyaan. Kini ia dipimpin oleh Pas.
“Justeru, kami kekal bersama BN buat masa ini,”katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat MIC hari ini. – UTUSAN






