- DXC menjadi rakan kongsi perkhidmatan terkawal eksklusif bagi AI-native Zero Trust Unified Control Plane milik Primary, sekali gus membantu sektor perusahaan mengagihkan keupayaan AI secara selamat.
- Tawaran bersama baharu ini membantu perniagaan dan agensi kerajaan mentadbir cara ejen AI serta aplikasi AI perusahaan mengakses data, di samping memperkukuh keselamatan, identiti dan kepatuhan.
- Perkhidmatan keselamatan terkawal DXC menyediakan perundingan, pelaksanaan, pengintegrasian, tatakelola dan operasi berterusan bagi mempercepatkan pengenalan AI yang selamat.
ASHBURN, Va., 7 Ogos 2026 /PRNewswire/ — DXC Technology (NYSE: DXC) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Primary, sekali gus menjadi penyedia perkhidmatan terkawal eksklusif bagi Platform Zero Trust Berteraskan AI milik Primary. Tawaran bersama ini membantu sektor perusahaan menyusun serta mengagihkan keupayaan AI secara selamat dengan mentadbir cara ejen AI dan aplikasi AI perusahaan mengakses data, di samping memperkukuh keselamatan, identiti dan kepatuhan.
Tatkala sesebuah organisasi beralih daripada fasa percubaan AI kepada peringkat pengeluaran, mereka berdepan cabaran keselamatan baharu: iaitu mentadbir sistem AI autonomi yang mengakses data sensitif perusahaan. Model keselamatan tradisional dibina untuk pengguna, peranti, dan rangkaian — bukannya untuk ejen AI yang beroperasi merentasi persekitaran perusahaan yang kompleks.
Secara bersama, DXC dan Primary menangani jurang berkenaan menerusi platform yang dibangunkan khas untuk keselamatan dan tatakelola AI. Disediakan menerusi organisasi keselamatan siber global DXC, tawaran ini menggabungkan perkhidmatan perundingan, pelaksanaan, pengintegrasian, tata kelola, dan perkhidmatan keselamatan terkawal bagi membantu pelanggan mengoperasikan AI dengan keterlihatan, kawalan, serta tahap kepercayaan yang lebih tinggi.
"Apabila sektor perusahaan beralih daripada projek rintis AI kepada peringkat pengeluaran, keselamatan dan tata kelola mesti berkembang seiring dengan kepantasan itu," kata Dawn-Marie Vaughan, Peneraju Tawaran Global Keselamatan Siber DXC Technology. "AI yang dipercayai memerlukan lebih daripada sekadar mengukuhkan keselamatan infrastruktur; ia memerlukan pemantauan ke atas cara sistem AI mengakses data, identiti dan proses perniagaan. Bersama-sama Primary, kami membantu pelanggan menerapkan prinsip Zero Trust dalam AI perusahaan, berbekalkan keterlihatan, kawalan, dan keyakinan operasi yang diperlukan untuk beralih daripada peringkat rintis kepada pengeluaran."
Dioperasikan menerusi organisasi keselamatan siber global DXC, tawaran ini membantu pelanggan untuk:
- Melindungi ejen AI dan aplikasi AI perusahaan
- Mentadbir akses AI terhadap data perusahaan
- Memperkukuh pelaksanaan identiti dan dasar keselamatan
- Mengurangkan risiko merentasi persekitaran perusahaan
- Menyokong keperluan kepatuhan serta kawal selia
- Meningkatkan keterlihatan merentasi pengguna, aplikasi, data dan ejen AI
"Cabaran keselamatan utama dalam AI perusahaan bukan sekadar melihat perkara yang dilakukan oleh ejen AI — tetapi mempunyai konteks yang mencukupi untuk menentukan sama ada tindakan tersebut patut dibenarkan, berserta infrastruktur berkaitan bagi mengautomasikan penguatkuasaan keputusan masa nyata itu," kata Michael Marx, Pengasas Bersama merangkap Presiden Primary. "Primary mengubah telemetri pelbagai domain kepada penguatkuasaan dasar berterusan yang peka konteks di seluruh aliran kerja AI. Menerusi kepakaran pelaksanaan global dan keselamatan terkawal DXC, pelanggan dapat mewujudkan lapisan kawalan bersatu yang melindungi data sensitif, mengurangkan risiko operasi, serta membolehkan sistem AI bertindak secara selamat dalam skop perusahaan yang ditetapkan dengan jelas."
Direka khas untuk organisasi yang beroperasi dalam persekitaran kawal selia yang ketat, platform ini membantu menangani tuntutan yang semakin meningkat terhadap tata kelola, kepatuhan, kedaulatan data dan keselamatan. Dengan menerapkan prinsip Zero Trust secara terus ke dalam persekitaran AI perusahaan, DXC dan Primary membantu pelanggan beralih daripada fasa percubaan kepada pelaksanaan berskala perusahaan dengan ketahanan dan kawalan yang diperlukan untuk berinovasi secara yakin. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi laman web kami.
Maklumat Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) ialah rakan kongsi teknologi dan inovasi perusahaan terkemuka yang menyampaikan perisian, perkhidmatan dan penyelesaian kepada perusahaan global dan organisasi sektor awam — membantu perusahaan dan organisasi berkenaan memanfaatkan AI untuk memacu hasil pada masa perubahan eksponen dengan pantas. Bersama kepakaran yang mendalam dalam Perkhidmatan Infrastruktur Terurus, Pemodenan Aplikasi dan Penyelesaian Perisian Khusus Industri, DXC memodenkan, menjamin dan mengendalikan beberapa estet teknologi paling kompleks di dunia. Ketahui lebih lanjut di dxc.com.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5020340_MS20340_6





