PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan teragak-agak untuk menukar lokasi pertembungan Harimau Malaya dengan Oman di lokasi lain jika padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) dalam keadaan teruk.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan keadaan padang di SNBJ dan sekiranya tidak memuaskan, lokasi perlawanan akan ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Selepas konsert itu saya sudah maklum pada PSM. Saya akan melawat stadium tersebut awal Mac. Kalau keadaan padang itu dalam keadaan tidak bagus, kami mencadangkan ke tempat lain.
“Saya rasa kalau Stadium Nasional Bukit Jalil kurang baik, mungkin stadium Johor (SSI), dan saya rasa itu yang terbaik. Kalau tidak Terengganu juga boleh kerana mahu padang yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan Ketua Kontinjen ke temasya Sukan Olimpik Paris, di sini hari ini.

Penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di SNBJ pada Sabtu lalu, mengundang kontroversi dan mengundang persoalan bagaimana permukaan stadium itu menjelang aksi kelayakan Piala
Bagaimanapun, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan menjelaskan permukaan padang stadium itu tidak akan terjejas berikutan penganjuran konsert berkenaan.
Menurut PSM, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan memindahkan rumput seluas 1900m2 bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio untuk konsert penyanyi dari Britain itu.
Untuk rekod, selepas SNBJ menganjurkan konsert Coldplay tahun lalu, PSM berjanji akan menyelesaikan masalah padang yang rosak, namun mereka gagal apabila kondisi padang itu kurang memuaskan semasa final Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC.-UTUSAN






