KUALA LUMPUR: Semua pemimpin politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu menjaga tatasusila dan disiplin bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terjamin.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, setiap tindakan diambil perlu berlunaskan undang-undang supaya PRN ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
“Kita sebuah negara yang berbilang kaum dan kita sedia maklum bahawa keadaan negara ini bergitu dalam keadaan yang baik dan sempurna.
“Jadi saya meminta supaya semua yang terlibat di dalam PRN ini dapat melaksanakan PRN dengan baik dan sempurna bagi memastikan keselamatan rakyat negara iaitu pengundi setiap kita dijaga,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan Bilangan 13 Siri 1/2025 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mohd.Khalid menegaskan, matlamat PDRM adalah untuk memastikan keselamatan negara di bawah penyeliaan yang baik dan sempurna.
Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
Selaras itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Selasa minggu depan bagi menentukan tarikh penting berkaitan PRU Sabah ke-17. – UTUSAN






