PETALING JAYA: Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard.
Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Datuk Mohammed Radzi Manan menerusi notis pemakluman berkata, Badrul Hisham dipecat kerana didakwa melanggar Klausa 9.1.4 perlembagaan parti serta Kod Tata Kelakuan dan Etika Ahli.
Katanya, aktivis itu juga gagal memberi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan lembaga berkenaan pada 10 Mac, kata Radzi.
“Klausa 9.1.4 merujuk kepada peruntukan dalam perlembagaan Bersatu berkaitan pelaksanaan kerja untuk parti serta penyertaan dalam mesyuarat dan aktiviti parti.
“Walaupun surat itu tidak memperincikan secara khusus dakwaan pelanggaran disiplin oleh Badrul, ahli politik terbabit dilaporkan memberitahu media pada Selasa bahawa dia dituduh mencemarkan imej Bersatu semasa satu sidang media pada 9 Julai tahun lalu,” katanya. – UTUSAN






