SILVERSTONE: Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi yang kembali beraksi selepas mengalami patah tulang selangka, mencatat masa hampir satu saat lebih pantas daripada rekod litar Silverstone dalam sesi pra-kelayakan MotoGP Britain, semalam.
Pelumba Itali itu mencatat masa 1 minit 56.280 saat (s) untuk mengatasi catatan Fabio Quartararo, iaitu 1:57.233s yang direkodkan pada edisi 2025.
Bezzecchi muncul pelumba terpantas walaupun baru sahaja mengalami keretakan tulang selangka ketika perlumbaan MotoGP Jerman sebelum ini.
Pelumba Trackhouse Aprilia dari Sepanyol, Raul Fernandez menamatkan sesi di tempat kedua, hanya 0.335s di belakang Bezzecchi.
Fabio Di Giannantonio berada di tempat ketiga manakala pendahulu kejuaraan, Jorge Martin ketinggalan setengah saat daripada rakan sepasukannya, Bezzecchi.
Perlumbaan MotoGP Britain, esok merupakan pusingan ke-12 daripada keseluruhan 22 saingan dalam kalendar musim ini.
Persaingan merebut kejuaraan dunia juga semakin sengit apabila Martin kini mengumpul 208 mata, namun beberapa pencabar utama masih berpeluang merampas kedudukan pendahuluannya sepanjang hujung minggu ini. – AFP





