SHAH ALAM: Pelakon, Datuk Aaron Azizaron Aziz, 47, memohon semua pihak tidak lagi memanjangkan konflik antara dia dan pengarah, Syamsul Yusof, 38.
Bagi Aaron, isu tersebutselesai serta tidak perlu lagi dibangkitkan dan disebut-sebut sama ada di media cetak, elektronik mahupun media sosial.
“Saya tidak kecewa. Bagi saya, perkara ini sudah selesai. Saya hormati permintaan isteri agar saya tidak lagi memberikan apa-apa kenyataan berkenaan hal tersebut.
“Tiada konfrontasi yang timbul antara saya dengan dia (Syamsul). Saya nak cakap secara umum, dia kena minta maaf kepada mak ayah dia dahulu,” ujarnya.
Aaron berkata demikian usai majlis pelancaran gedung tekstil Jakel baharu di Shah Alam, dekat sini, semalam.
Hubungan antara Aaron dan pengarah tersebut dingin selepas pelakon berasal Singapura itu digugurkan serta merta daripada membintangi filem The Original Gangster arahan Syamsul.
Syamsul sebelum ini tampil menjelaskan bahawa pengguguran tersebut dibuat atas faktor usia, kesihatan dan berat badan pelakon terbabit.
Dalam pada itu, Aaron mengeluarkan amaran terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad agar tidak sesekali masuk campur dalam isu antara dia dengan Syamsul.
Katanya, dia tidak mahu mana-mana pihak yang tidak berkaitan memberi sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut. – UTUSAN






