KOTA KINABALU: Dua rakan sebilik pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Dorm A35 memberi tahu Mahkamah Koroner di sini bahawa mereka pernah membaca tulisan berkenaan ibu remaja terbabit di dalam diari.
Mereka menyatakan antara yang ditulis adalah perasaan tidak puas hati remaja terbabit terhadap ibunya, Noraidah Lamat.
Terdahulu, saksi kanak-kanak ke25 memberitahu, sebelum 15 Julai lalu, Zara Qairina tidak pernah dipanggil oleh mana-mana senior dan setahunya itu merupakan kali pertama
perkara tersebut berlaku.
Tambahnya, dia juga tidak pernah melihat Zara Qairina dimarahi atau diganggu oleh sesiapa kecuali pada malam 15 Julai itu.
Dia juga tidak pernah mendengar Zara Qairina mengadu dengan saksi inkues ke34 itu Inkues Zara Qairina mengenai sebarang tekanan atau gangguan yang diterima oleh remaja terbabit.
Sementara itu, saksi kanak-kanak ke26 memberitahu dia merupakan salah seorang yang melakukan spot-check terhadap lokar Zara Qairina pada malam 15 Julai lalu.
Katanya sebelum berbuat demikian, sekitar pukul 10 malam, dia ada terdengar suara dari dorm sebelah (A36) yang memanggil Zara Qairina untuk ke dorm tersebut untuk berjumpa dengan senior tingkatan empat namun dia tidak tahu siapa senior tersebut.
Selepas mengetahui bahawa Zara Qairina dipanggil kerana disyaki mencuri kad bank, dia dan seorang lagi penghuni dorm A35 memeriksa beg sandang warna hitam milik remaja terbabit dan seorang pelajar menjumpai satu pin Jalur Gemilang di bahagian poket di hadapan beg tersebut.
Selain itu, saksi inkues ke 35 itu memberitahu dia pernah curi-curi membaca diari lama Zara Qairina selepas melihat remaja terbabit mengoyakkan diari lamanya.
Ujarnya, dia tidak tahu mengapa rakan sebiliknya itu bertindak mengoyakkan diari berkenaan namun menyatakan hasil pembacaannya, Zara Qairina meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibunya dan turut menceritakan keadaan di dorm berkenaan.
Seperti kebanyakan keterangan saksisaksi kanak-kanak sebelum ini, saksi itu juga turut memberitahu Zara Qairina tidak pernah mengadu mengenai dibuli, mengalami tekanan bela
jar atau keletihan.
Prosiding inkues kematian Zara Qairina genap 30 hari semalam. Sejak bermula pada 3 September lalu, seramai 35 orang saksi telah hadir memberi keterangan yang mana 26 daripadanya adalah saksi kanak-kanak.
Pada prosiding terdahulu, Koroner Amir Shah Amir Hassan dimaklumkan bahawa seramai 65 orang saksi dijangka akan dipanggil memberi keterangan.
Prosiding bersambung hari ini.- UTUSAN






