WASHINGTON/TEHERAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan tujuh bot Iran diserang oleh tentera negaranya di Selat Hormuz.
“‘Kami telah menembak karam tujuh bot kecil atau seperti yang mereka suka panggil (sebagai) bot laju,’ kata Trump di Truth Social miliknya..
Trump berkata, setakat ini tiada kerosakan berlaku di selat itu.
Bagaimanapun, Markas Pusat Tentera AS (CENTCOM) menyatakan enam buat bot Iran ditembak tentera AS.
Komander CENTCOM, Laksamana Brad Cooper memberitahu wartawan dalam satu panggilan telefon bahawa bot itu ditembak kerana cuba mengganggu perkapalan komersial di Selat Hormuz telah dimusnahkan.
Menurutnya, helikopter Apache dan Seahawk Amerika menyerang bot kecil Iran yang mengancam kapal perdagangan.
Tentera AS juga berjaya mematahkan semua peluru berpandu dan dron yang dilancarkan ke arah kapal perdagangan, kata Cooper.
Beliau berkata, beberapa peluru berpandu dilancarkan ke arah kapal Tentera Laut AS tetapi kebanyakannya bersama beberapa dron lain menyasarkan kapal komersial.
“Kami mempertahankan diri kami dan selaras dengan komitmen kami, kami mempertahankan semua kapal perdagangan,” kata Cooper. – AFP/AGENSI






