SEPANG: Wong Chen mengumumkan keluar daripada PKR untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama), hanya beberapa hari selepas meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang.
Wong yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan bersama PKR hampir dua dekad, mengesahkan keputusan itu pada sidang media di ibu pejabat Bersama di Taman Putra Perdana, Puchong.
Sebelum ini, beliau memberi bayangan akan meninggalkan PKR selepas dua bekas pemimpin parti itu, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing untuk menerajui Bersama.-UTUSAN






