PETALING JAYA: Tiada permohonan lanjutan reman terhadap bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan dua isterinya dijangka dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan proses rakaman keterangan selesai dan tempoh reman mereka berakhir hari ini.
Selain mereka, reman 17 pengarah syarikat yang ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat juga telah selesai.
Pada 6 Januari lalu, semua pengarah syarikat itu ditahan reman yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an.
Kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan.
Pada 8 Januari, lima individu termasuk bekas PTD bersama dua isterinya direman bagi membantu siasatan kes.
Kira-kira 26 syarikat disyaki. – UTUSAN





