googletag.cmd.push(function() { var fn_pageskin = "false"; if (screen.width >= 1260) { fn_pageskin = "true"; } googletag.pubads().setTargeting("inskin_yes",fn_pageskin); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_1x1', [1, 1], 'div-gpt-ad-1615189433644-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_1x1_MG', [1, 1], 'div-gpt-ad-1691483774852-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineOutOfPageSlot('/1009103/Utusan_Outofpage', 'div-gpt-ad-1615189740903-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_Andbeyond_Pixel', [1, 1], 'div-gpt-ad-1615271829115-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_1x1_Programmatic', [1, 1], 'div-gpt-ad-1640154505594-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Midrec', [300, 250], 'div-gpt-ad-1615190641095-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Midrec_b', [300, 250], 'div-gpt-ad-1615190686477-0').addService(googletag.pubads()); var interstitialSlot = googletag.defineOutOfPageSlot('/1009103/Utusan_Interstitial', googletag.enums.OutOfPageFormat.INTERSTITIAL); if (interstitialSlot) {interstitialSlot.addService(googletag.pubads());} if(window.screen.width > 767) { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Billboard', [[970, 90], [728, 90]], 'div-gpt-ad-1615189823266-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Billboard_b', [[970, 250], [970, 90], [728, 90]], 'div-gpt-ad-1615189882276-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Billboard_c', [[970, 90], [728, 90]], 'div-gpt-ad-1615189932950-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Halfpage', [300, 600], 'div-gpt-ad-1615189979633-0').addService(googletag.pubads()); if(window.dfpTargetingParams.pos == 'homepage') { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Leaderboard', [728, 90], 'div-gpt-ad-1615190386969-0').addService(googletag.pubads()); googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Leaderboard_b', [728, 90], 'div-gpt-ad-1615190592996-0').addService(googletag.pubads()); } if(window.dfpTargetingParams.pos == 'article') { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_In_Article_Midrec', [300, 250], 'div-gpt-ad-1615189684956-0').addService(googletag.pubads()); } } else { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_ROS_Mobile_Leaderboard', [[320, 100], [320, 50]], 'div-gpt-ad-1615190762392-0').addService(googletag.pubads()); if(window.dfpTargetingParams.pos == 'homepage') { googletag.defineSlot('/1009103/Utusan_HP_Sticky_Mobile_Leaderboard', [320, 50], 'div-gpt-ad-1615189582519-0').addService(googletag.pubads()); } } googletag.pubads().setTargeting("lotauds", lotaudsList).setTargeting("section", window.dfpTargetingParams.section).setTargeting("pos", window.dfpTargetingParams.pos).setTargeting("key", window.dfpTargetingParams.key); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); }); Persahabatan musnah kerana fitnah var mi_version = '10.0.2'; var mi_track_user = true; var mi_no_track_reason = ''; var MonsterInsightsDefaultLocations = {"page_location":"https:\/\/www.utusan.com.my\/seri\/2026\/08\/persahabatan-musnah-kerana-fitnah\/"}; if ( typeof MonsterInsightsPrivacyGuardFilter === 'function' ) { var MonsterInsightsLocations = (typeof MonsterInsightsExcludeQuery === 'object') ? MonsterInsightsPrivacyGuardFilter( MonsterInsightsExcludeQuery ) : MonsterInsightsPrivacyGuardFilter( MonsterInsightsDefaultLocations ); } else { var MonsterInsightsLocations = (typeof MonsterInsightsExcludeQuery === 'object') ? MonsterInsightsExcludeQuery : MonsterInsightsDefaultLocations; } var disableStrs = [ 'ga-disable-G-BK0N6S9W6H', ]; /* Function to detect opted out users */ function __gtagTrackerIsOptedOut() { for (var index = 0; index < disableStrs.length; index++) { if (document.cookie.indexOf(disableStrs[index] + '=true') > -1) { return true; } } return false; } /* Disable tracking if the opt-out cookie exists. */ if (__gtagTrackerIsOptedOut()) { for (var index = 0; index < disableStrs.length; index++) { window[disableStrs[index]] = true; } } /* Opt-out function */ function __gtagTrackerOptout() { for (var index = 0; index < disableStrs.length; index++) { document.cookie = disableStrs[index] + '=true; expires=Thu, 31 Dec 2099 23:59:59 UTC; path=/'; window[disableStrs[index]] = true; } } if ('undefined' === typeof gaOptout) { function gaOptout() { __gtagTrackerOptout(); } } window.dataLayer = window.dataLayer || []; window.MonsterInsightsDualTracker = { helpers: {}, trackers: {}, }; if (mi_track_user) { function __gtagDataLayer() { dataLayer.push(arguments); } function __gtagTracker(type, name, parameters) { if (!parameters) { parameters = {}; } if (parameters.send_to) { __gtagDataLayer.apply(null, arguments); return; } if (type === 'event') { parameters.send_to = monsterinsights_frontend.v4_id; var hookName = name; if (typeof parameters['event_category'] !== 'undefined') { hookName = parameters['event_category'] + ':' + name; } if (typeof MonsterInsightsDualTracker.trackers[hookName] !== 'undefined') { MonsterInsightsDualTracker.trackers[hookName](parameters); } else { __gtagDataLayer('event', name, parameters); } } else { __gtagDataLayer.apply(null, arguments); } } __gtagTracker('js', new Date()); __gtagTracker('set', { 'developer_id.dZGIzZG': true, }); if ( MonsterInsightsLocations.page_location ) { __gtagTracker('set', MonsterInsightsLocations); } __gtagTracker('config', 'G-BK0N6S9W6H', {"forceSSL":"true","link_attribution":"true"} ); window.gtag = __gtagTracker; (function () { /* https://developers.google.com/analytics/devguides/collection/analyticsjs/ */ /* ga and __gaTracker compatibility shim. */ var noopfn = function () { return null; }; var newtracker = function () { return new Tracker(); }; var Tracker = function () { return null; }; var p = Tracker.prototype; p.get = noopfn; p.set = noopfn; p.send = function () { var args = Array.prototype.slice.call(arguments); args.unshift('send'); __gaTracker.apply(null, args); }; var __gaTracker = function () { var len = arguments.length; if (len === 0) { return; } var f = arguments[len - 1]; if (typeof f !== 'object' || f === null || typeof f.hitCallback !== 'function') { if ('send' === arguments[0]) { var hitConverted, hitObject = false, action; if ('event' === arguments[1]) { if ('undefined' !== typeof arguments[3]) { hitObject = { 'eventAction': arguments[3], 'eventCategory': arguments[2], 'eventLabel': arguments[4], 'value': arguments[5] ? arguments[5] : 1, } } } if ('pageview' === arguments[1]) { if ('undefined' !== typeof arguments[2]) { hitObject = { 'eventAction': 'page_view', 'page_path': arguments[2], } } } if (typeof arguments[2] === 'object') { hitObject = arguments[2]; } if (typeof arguments[5] === 'object') { Object.assign(hitObject, arguments[5]); } if ('undefined' !== typeof arguments[1].hitType) { hitObject = arguments[1]; if ('pageview' === hitObject.hitType) { hitObject.eventAction = 'page_view'; } } if (hitObject) { action = 'timing' === arguments[1].hitType ? 'timing_complete' : hitObject.eventAction; hitConverted = mapArgs(hitObject); __gtagTracker('event', action, hitConverted); } } return; } function mapArgs(args) { var arg, hit = {}; var gaMap = { 'eventCategory': 'event_category', 'eventAction': 'event_action', 'eventLabel': 'event_label', 'eventValue': 'event_value', 'nonInteraction': 'non_interaction', 'timingCategory': 'event_category', 'timingVar': 'name', 'timingValue': 'value', 'timingLabel': 'event_label', 'page': 'page_path', 'location': 'page_location', 'title': 'page_title', 'referrer' : 'page_referrer', }; for (arg in args) { if (!(!args.hasOwnProperty(arg) || !gaMap.hasOwnProperty(arg))) { hit[gaMap[arg]] = args[arg]; } else { hit[arg] = args[arg]; } } return hit; } try { f.hitCallback(); } catch (ex) { } }; __gaTracker.create = newtracker; __gaTracker.getByName = newtracker; __gaTracker.getAll = function () { return []; }; __gaTracker.remove = noopfn; __gaTracker.loaded = true; window['__gaTracker'] = __gaTracker; })(); } else { console.log(""); (function () { function __gtagTracker() { return null; } window['__gtagTracker'] = __gtagTracker; window['gtag'] = __gtagTracker; })(); }

10 Ogos 2026, 12:50 am

Persahabatan musnah kerana fitnah

Persahabatan adalah sebuah anugerah dalam kehidupan seseorang. Ia dibina daripada kepercayaan, keikhlasan dan kasih sayang.

Namun tidak semua hubungan persahabatan itu baik-baik sahaja sehingga ke akhir usia.

Ada masa diuji dengan perbezaan pandangan, salah faham dan orang ketiga.

Minggu ini saya kongsikan kisah persahabatan Amira dan Nureen, (bukan nama sebenar) yang terbina bertahun-tahun akhirnya runtuh akibat fitnah orang ketiga.

Hampir 15 tahun mereka membawa haluan masing-masing, sedang dalam diri kedua-duanya ada kerinduan.

Kisah dua sahabat ini dikongsikan sendiri tuan badan, Amira dalam pertemuan yang diatur baru-baru ini.

Menurut Amira, kisah yang dikongsikan bukan untuk membuka aib sesiapa, apatah lagi sahabatnya itu telah meninggal dunia kira-kira lapan tahun lalu.

“Saya berkongsi cerita untuk dijadikan pengajaran bukan sahaja tentang bahaya fitnah dan prasangka tetapi juga tentang indahnya kemaafan.

“Diharapkan kisah ini menjadi peringatan kepada kita semua agar tidak mudah mempercayai cerita orang ketiga dan tidak membiarkan ego memutuskan silaturahim yang dibina sekian lama,” ujarnya.

Kata Amira, selepas hampir 15 tahun terpisah, sebuah berita mengubah segalanya.

Ini selepas dia dimaklumkan tentang keadaan terkini sahabatnya itu yang sedang bertarung dengan kanser tahap akhir.

Menurut Amira, jangka hayat sahabatnya itu dikhabarkan tidak lama dan hanya bertahan kira-kira tiga bulan.

Ketika itu kata Amira hatinya benar-benar tersentuh.

Segala rasa kecewa, marah dan ego yang disimpan bertahun-tahun itu bertukar sedih dan simpati.

Menurut Amira, pada saat itu dia memilih untuk menurunkan ego dan meminta maaf.

Bukan untuk membuktikan dirinya bersalah atau benar, tetapi dia tidak sanggup membiarkan persahabatan yang sebelum ini terjalin berakhir dengan penyesalan.

“Alhamdulilah, Allah memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu dan meminta maaf sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

“Sekurang-kurangnya, kami berpisah bukan membawa dendam atau prasangka, tetapi dengan hati saling memaafkan,” ujarnya sambil menahan sebak.

Menyingkap kembali hubungan persahabatan, kata Amira, dia dan Nureen bersahabat bukan sehari dua, tetapi bertahun-tahun lamanya.

Persahabatan mereka terjalin sejak di sekolah rendah dan menengah, menjejak kaki ke menara gading sehingga ke alam pekerjaan.

Mereka saling mengenali keluarga masing-masing.

Berkongsi suka duka, malah berjanji untuk menjadi sahabat selamanya.

Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan tanggungjawab, hubungan persahabatan tetap dijaga.

Kesibukan tidak pernah menjadi alasan untuk mereka menjauh.

Mereka tetap mencari ruang untuk bertanya khabar, berkongsi cerita dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Sehinggalah persahabatan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga, Anne, (bukan nama sebenar), rakan sekerja sahabatnya itu.

Pada awalnya Anne kelihatan seperti seorang rakan yang baik dan boleh dipercayai.

Namun, tanpa disedari, sikap talam dua muka wanita itu pada akhirnya sebuah persahabatan yang dibina bertahun-tahun retak.

Menurut Amira, di hadapan mereka, Anne seolah-olah memahami dan menyokong hubungan persahabatan yang terjalin.

Tetapi di belakang, kata-kata yang disampaikan berbeza sehingga menimbulkan salah faham.

Menurut Amira, sedikit demi sedikit, kata-kata yang disampaikan mula mengganggu kepercayaan sesama mereka.

“Bukan sahaja di pihak Nureen, saya sendiri termakan dengan fitnah yang ditaburkan oleh Anne.

“Tanpa sempat untuk masing-masing bertanya atau menjelaskan apa-apa, pada akhirnya saya sendiri memilih untuk menjauhkan diri,” ujarnya.

Hari berganti minggu, minggu bertukar bulan dan seterusnya beralih tahun.

Tempoh 15 tahun berlalu begitu sahaja.

Dalam tempoh tersebut, kata Amira masing-masing melalui fasa kehidupan sendiri.

“Saya sendiri sudah berkeluarga, mempunyai suami dan dua anak.

“Sesekali ada rasa rindu kepadanya, tetapi ego dan prasangka terus menjadi tembok,” ujarnya.

Sehinggalah pada suatu hari, pertengahan September 2018, dia dihubungi oleh seorang sahabat lama yang memaklumkan tentang keadaan terkini Nureen.

Nureen dikhabarkan sedang bertarung dengan kanser tahap akhir dan doktor mengesahkan jangka hayatnya hanya bertahan dalam tempoh tiga bulan.

“Ketika mendengar berita itu, hati saya tiba-tiba dijentik keinsafan, kesedihan dan kerinduan kepadanya.

“Berita tentang keadaan kesihatan Nureen benar-benar mengejutkan. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, pelbagai kenangan ketika kami di sekolah rendah, menengah hingga ke universiti bermain di fikiran saya.

“Saya mula sedar selama bertahun-tahun, mereka tidak pernah memberi ruang untuk bertanya dan menjelaskan,” ujarnya.

Masing-masing kata Amira, lebih mempercayai kata-kata orang ketiga tanpa mahu mencari kebenaran daripada orang yang pernah rapat.

Menceritakan detik-detik selepas lebih sedekad tidak bertemu dengan sahabatnya itu kata Amira, hatinya benar-benar tersentuh.

Wajah sahabatnya itu pucat dan keadaan tubuh kurus dan lemah, namun senyumannya masih sama.

Menurut Amira, walaupun masa yang ada tidak panjang, dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meluangkan waktu bersama.

Katanya, segala salah faham akhirnya terlerai.

“Antara kami tiada lagi rasa terkilan, tiada lagi ego yang dipertahankan.

“Saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah memberi kami peluang untuk saling memaafkan sebelum sahabat saya pergi buat selama-lamanya.

“Arwah menghembuskan nafas di sisi saya pada sebelah pagi sebulan selepas kami dipertemukan semula,” ujarnya.

Menyambung perbualan kata Amira, apa yang berlaku antara dia dan sahabatnya itu banyak memberi pengajaran yang sangat berharga dalam kehidupan.

Dia belajar tentang sebuah hubungan perlu dibina dengan kepercayaan dan komunikasi.

Selain itu katanya, jangan terlalu mudah percaya cerita daripada orang lain tanpa bertanya sendiri kepada orang yang terlibat.

Disebabkan fitnah, hubungan persahabatan yang dibina bertahun-tahun musnah sekelip mata..

Sesungguhnya, terdapat banyak ayat Quran yang menjelaskan untuk seseorang itu menyelidik, memeriksa dan tidak terburu-buru melontarkan tuduhan.

Sebagaimana Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman!. Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan kamu, sehingga kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan,” ( Surah Al-Hujurat 6).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN