KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 wajar membawa pulang sekurang-kurangnya satu emas supaya ianya selaras dengan penubuhan program Road To Gold (RTG)
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, kerajaan sudah membelanjakan wang yang tinggi untuk membantu atlet sandaran membawa kilauan emas ke tanah air.
“Satu pingat emas adalah bersandarkan kepada program RTG kita. Kita menggubal program ini untuk mencapai impian kita mengaut emas di Olimpik. Walau apa sahaja cara sekalipun ini misi kami.
“Kami menubuhkan RTG untuk atlet jadi bergantung kepada kemampuan atlet untuk mencapai emas itu pada hari kejohanan terbabit,” katanya kepada pemberita di Wisma MOM, semalam.
Terdahulu, Nazifuddin hadir pada majlis pengumuman penajaan syarikat minuman nutrisi coklat di Wisma MOM.
Sementara itu, Nazifuddin mendedahkan nilai tajaan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 meningkat kepada dua kali ganda berbanding edisi lalu di Tokyo.
“Saya tidak tahu jumlah sebenar namun saya boleh katakan ianya lebih dari sebelum ini di Tokyo. Ketika di Tokyo sememangnya tidak banyak syarikat yang mahu menaja ekoran mereka menjimatkan kos perbelanjaan.
“Namun kini, banyak syarikat kasut dan bagais yang tampil kehadapan mahu memberi tajaan kepada kontinjen Malaysia. Saya harap mereka melakukan perkara yang saya pada edisi 2028 di Los Angeles,” jelasnya.-UTUSAN






