BANGI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Seri Kembangan di sini, hari ini.
Anwar yang memakai baju Melayu berwarna biru, tiba di Surau Nurul Ikhlas pada tengah hari yang kemudian disambut pengurusan masjid dan jemaah.
Anwar turut mendengar khutbah bertajuk “Hijrah Suatu Kemerdekaan” disampaikan imam masjid berkenaan Akram Kamal sebelum menunaikan solat Jumaat bersama 1,000 jemaah lain.
Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah serta kanak-kanak.
Perdana Menteri juga berkesempatan bertemu dengan pendakwah nusantara, Ustaz Abdul Somad yang turut menunaikan solat di surau sama.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa untuk singgah makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan bersama para penduduk sebelum menunaikan solat Jumaat. – UTUSAN






