PUTRAJAYA: DAP terus kekal berada di dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal selepas hampir kesemua perwakilannya mengundi supaya parti itu terus melaksanakan usaha reformasi.
Perkara itu diumumkan oleh Cha Kee Chin yang merupakan Yang Dipertua Persidangan DAP 2026.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata, sebanyak 2,106 kertas undi dikeluarkan daripada lebih 4,000 perwakilan yang layak mengundi hari ini.
Menurutnya, jumlah undi adalah 2,099 undi sah diterima, sementara tujuh kertas undi rosak.
Katanya, 1,857 perwakilan mengundi supaya DAP kekal di dalam Kerajaan Persekutuan dan 242 orang lagi mengundi supaya parti keluar. – UTUSAN






