TEMERLOH: Sebuah lori tangki terbalik dan dilaporkan menghempap sebuah kereta sebelum terbakar di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Kampung Lebak di sini hari ini.
Setakat ini tidak dapat disahkan mangsa yang cedera atau maut dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori tangki diesel dan kereta.
Katanya, setakat pukul 6 petang kedua-dua kenderaan berkenaan masih terbakar dan keadaan mangsa belum dapat dipastikan. – UTUSAN






