RIYADH: Pasukan yang terlibat dalam projek Masam kendalian Arab Saudi membantu melupuskan 5,287 bahan letupan dari pelbagai kawasan di Yemen minggu lalu.
Menurut laporan terbaharu, bahan letupan yang ditemui termasuk 2,075 senjata tidak meletup, 68 periuk api antikenderaan, 11 periuk api antipersonel dan tiga alat letupan buatan sendiri.
Bahan letupan itu ditanam secara sembarangan di seluruh negara, sekali gus mengancam keselamatan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Operasi pembersihan periuk api dijalankan di Marib, Aden, Al-Jouf, Shabwa, Taiz, Hodeidah, Lahij, Sanaa, Al-Bayda, Al-Dhale dan Saada.
Operasi berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan bahan letupan yang telah dibersihkan sejak projek Masam dilancarkan pada 2018 kepada 585,670 unit.
Pasukan berkenaan ditugaskan membersihkan kampung, jalan raya dan sekolah bagi memastikan pergerakan orang awam serta penghantaran bantuan kemanusiaan dapat dilakukan dengan selamat.
Projek yang dilaksanakan oleh agensi bantuan Arab Saudi, KSrelief, itu turut melatih jurutera pelupusan periuk api tempatan, menyediakan peralatan moden serta membantu rakyat Yemen yang cedera akibat bahan letupan.






